Kenali Universiti Malaysia Terengganu.

Entri ni ditulis khas untuk junior² yang bakal masuk ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kebanyakannya semua ingin tahu keadaan di sekitar kampus UMT ni, cuma tak tahu nak cari kat mana. Ok, sekarang saya akan memberi sedikit gambaran pasal UMT ni.


Macam yang korang tahu, UMT ni terletak betul² sebelah UniSZA. Pendek kata, dua universiti ni macam kembar dah. Ok, kita start dengan pintu pagar utama UMT. Ini la benda pertama yang korang akan jumpa time nak masuk UMT.

Sorry, gambar ni agak kabur sikit. Time ambil gambar ni, bas tengah berjalan.


Pastu, masuk depan sikit, korang akan jumpa Dewan Sultan Mizan (DSM). Sepanjang korang orientasi nanti, korang duduk kat dalam DSM ni la. Time korang nak final exam nanti pun kat dalam ni jugak.


Kat dalam UMT ni, ada Pusat Kesihatan & Pusat Kegiatan Pelajar. Kalau korang sakit ke, apa² ke, korang boleh dapatkan rawatan percuma kat Pusat Kesihatan ni. 

Gambar ni saya ambil daripada belah belakang. Gambar dari depan saya dah cari, tapi tak jumpa.

Gambar bangunan Canselori & Pentadbiran
Pejabat Bendahari.
Ni pula bangunan Canselori & Pentadbiran UMT. Pejabat Keselamatan, Bahagian Akademik, Sekolah Siswazah, Pejabat Bendahari, semua ada dalam bangunan ni.

Asalnya, UMT cuma ada 4 fakulti; Fakulti Sains & Teknologi (FST), Fakulti Agroteknologi & Sains Makanan (FASM), Fakulti Maritim & Sains Marin (FMSM) dan Fakulti Pengurusan Ekonomi (FPE). Sejak tahun lepas, UMT ada buka lagi satu fakulti baru, Fakulti Pembangunan Sosial (FPS). So, kiranya sekarang UMT ada 5 fakulti la.

 Fakulti Sains & Teknologi

 Fakulti Pengurusan Ekonomi

Fakulti Agroteknologi & Sains Makanan

Kat UMT ada juga Kompleks Kuliah, tapi kecil je la. Ada 3 dewan kuliah yang besar, KK1, KK2, & KK3. Yang lain dewan kuliah kecil je. Tak de la kecil sangat. Muat la untuk 40 orang.

Jalan Biawak pula jalan shortcut untuk pelajar daripada Kolej Kediaman untuk ke kampus. Jalan ni tembus ke FST berdekatan Medan Syarahan Barat (MSB) & Medan Syarahan Timur (MST). Ni gambar² yang ditangkap kat Jalan Biawak. Jalan ni dapat nama Jalan Biawak sebab mesti ada je biawak yang lalu lalang kat situ. Tapi, sekarang biawak da tak boleh senang hati da berjalan² kot, sebab pihak u da buat pagar & bumbung sepanjang Jalan Biawak ni.

 Pemandangan di Jalan Biawak

Sebelum ada pagar.

Selepas ada pagar.

Pemandangan di Jalan Biawak.

Pintu masuk jalan biawak daripada kampus.
AWAS, BIAWAK MELINTAS.

Ni pula Makmal Pengaturcaraan, Jabatan Sains Komputer yang ada dekat FST. Kepada junior² Software Engineering, korang akan sentiasa berada dalam ni.



Penat nak tulis dah. Tak pe, korang layan dulu gambar² yang ditangkap sekitar UMT ni oke?

 Gelanggang tengah di antara blok kediaman.

 Kafe baru.

 Dataran Canselori
 Susur gajah menghala ke Perpustakaan Sultanah Nur Zahiran (PSNZ)

 Student Mall - berdekatan dengan pintu masuk Kolej Kediaman.

 UMT daripada luar.

 Toilet kat susur gajah yang menghala ke PSNZ.

 Depan pintu utama PSNZ.

 Bahagian dalam PSNZ.

 Kaunter Utama PSNZ.

 PSNZ daripada luar. 

 Kolam ternakan yang berhampiran FST, FPE & Kompleks Kuliah.

 Surau FPE. Lupa nama surau ni.

 Pejabat PALAPES. Sesape yang nak jadi PALAPES tu, sila²lah ye? :)


Court basketball, bola tampar, & tennis. 

 Sekitar Kolej Kediaman.

 Surau FST yang dekat dengan Jalan Biawak.

 Kolam renang dekat Stadium UMT, betul² sebelah Blok 2.

 Bas Fakulti Maritim & Sains Marin.

 Trek larian Stadium UMT.

 Pemandangan daripada tingkat 5, Blok 2.

 Rumah Universiti.
 Ruang legar Rumah Universiti.

 Pantai Tok Jembal. Pantai paling famous untuk pelajar baru UMT.

 Depan blok An-Nasai (ANN).

 Tempat berteduh time hujan. :P

Kafe lama.

Rasanya cukup lah setakat ni dulu untuk entri kali ni. Kalau ada pape, korang boleh tanya saya or senior² UMT yang lain. Selamat datang ke UMT, junior! :D

p/s: untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok Laman Web Rasmi UMT.