Resepi Kek Batik [Sempena Ramadhan]

Hm, korang mesti pernah makan kek batik, sedap kan? Ha, kalau dulu asyik beli je, sekarang korang boleh buat sendiri. Lagi murah, lagi sedap. Lagipun korang boleh makan kek batik ni time berbuka ke, time sahur ke, time tengok tv pun boleh. Plus, kek batik ni sangat senang nak dibuat. Nak cuba? Jom, kita mula. Opps, sebelum tu, apa kata korang ambil pen & kertas dulu. Boleh salin resepi, mana tahu kot² lepas baca entri ni terus nak buat. :P

Oke, dah ready dah? Ni bahan² yang kena ada and cara nak buat kek batik.

RESEPI KEK BATIK
BAHAN²
  1. 250 gram butter / 1 cawan butter. (Saya suka guna Planta. Hehe.)
  2. 8 biji telur ayam. (Kalau ada Omega 3 lagi bagus.)
  3. 1 cawan gula.
  4. 1 cawan serbuk koko. (Saya guna Hershey's Cocoa.)
  5. 1 cawan Milo.
  6. 1 cawan susu pekat manis.
  7. 1 ½ paket biskut marie. (Saya beli Munchy's punya.)

CARA² NAK BUAT KEK BATIK
  1. Pukul butter and gula sampai hancur. Kiranya sampai sebati la.
  2. Masukkan telur satu-satu, pastu pukul sampai kembang. Jangan masukkan 8 biji telur tu serentak. Kalau korang was², takut kulit telur tu jatuh dalam adunan, pecahkan dalam mangkuk dulu.
  3. Letak serbuk koko, milo & susu pekat manis dalam periuk. Bukak api yang paling kecil, pastu kacau sampai pekat. Kalau dia jadi berketul, korang tak yah risau, memang kadang² dia jadi macam tu.
  4. Pastu, bila agak² dah pekat, dah bau coklat, korang letak adunan butter, gula & telur tu kat dalam periuk. Kacau sampai sebati.
  5. Bila dah sebati, korang tutup api dapur, pastu masukkan biskut yang korang dah patahkan tu kat dalam periuk and kacau bagi rata. Kalau korang suka coklat banyak, jangan letak biskut banyak².
  6. Dah siap kacau² tu, tuang kat dalam loyang yang dilapik dengan aluminium foil. Korang letak la cantik².
  7. Sejukkan kek tu, pastu letak dalam peti.
  8. Tadaa, dah siap! :D Owh, korang musykil eh? Memang tak guna oven, sebab tu saya cakap senang nak buat. Hehe.

Teringin nak cuba? Cuba la. Kalau buat dengan adik-beradik, confirm lagi happening kat dapur tu. Sebab banyak sangat kakitangan. Haha. Anyway, walaupun dah lambat nak cakap, tapi Selamat Berpuasa!