Hi semua! Sihat? Untuk adik² yang baru masuk universiti apa macam? Best tak? Saya berani cakap korang tengah semangat gila sekarang ni kan? Oke, mungkin agak terlambat sikit untuk congratulate korang, but "Congratulation & Welcome to University!"
Credit to Google |
Oke, fokus entri saya kali ni pasal Software Engineering. Mesti korang tertanya² kenapa saya tiba² nak buat entri pasal ni kan? The main reason is because tadi time saya usha² chat box, saya baru perasan ada orang bertanya soalan pasal kejuruteraan perisian. Sorry sangat² sebab saya baru je buka blog ni.
Pernah dengar tak orang cakap, kalau ambil jurusan IT or komputer, susah nak dapat kerja? Confirm pernah kan? Hm, benda ni sangatlah tak betul. Kenapa? Believe me, I'm one of IT student, to be exact Software Engineering student. Sekarang ni, saya tengah tunggu untuk graduate officially, kira macam tengah tunggu result. Waktu tengah tunggu ni, dah 2-3 company telefon untuk interview.
Credit to Google |
Software Engineering ni sebenarnya satu jurusan untuk mengajar kita cara² untuk buat software. Software yang macam mana? Ikutla, kalau korang nak buat sistem yang web-based ke, yang stand alone ke, tak kisah. Semua tu akan diajar. Tapi tiap² university ada main programming language dia sendiri. Macam Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dia punya main programming language dia Java. :)
Cuba korang fikir balik, syarikat apa je yang tak menggunakan IT ataupun komputer? Basically, if you use your common sense, sekarang ni semua benda guna sistem or software. Kalau korang ambil jurusan lain, macam Biology, Chemistry, Physics, korang dah confirm² akan menjurus kepada tu. Memang dah tak boleh nak pergi kat lain, ataupun ilmu tu tak boleh nak diaplikasi untuk industri yang lain. Tapi, kalau korang ambil IT or Software Engineering, korang boleh pergi kat mana² industri yang korang suka. Untuk sesiapa yang suka explore², ni la jurusan yang paling tepat untuk korang.
Jadi, untuk korang yang dapat jurusan ni, jangan sedih² or kecewa walaupun korang tak minta. Tapi sebaliknya korang harus bersyukur sebab at least korang dapat tawaran untuk sambung belajar, betul tak? :) Good luck!
p/s: nanti kalau saya ada masa, InsyaAllah, saya akan buat tutorial pasal coding as I promised before.