Resepi Black Pepper Sauce

Most of us, ramai yang opt for western menu. Sebab apa? Sebab banyak protein, kurang karbohidrat. Sesuai untuk orang yang nak berdiet² ni. Tapi satu je masalah dia. Banyak resepi black pepper sauce ni, kebanyakkannya semua pakai margerin/minyak, which is tak berapa sihat. So, hari ni saya nak share resepi yang mak saya guna untuk buat black pepper sauce ni. Sause ni boleh tahan lama kalau letak dalam freezer/chiller. *rasa lapar tetiba* >.<" Sauce ni, ikut suka hati korangla nak makan dengan apa pon. Chicken chop ke, lamb chop ke, nugget ke, burger ke, ikut selera masing².

Credit: Google

Bahan²
- 3 biji kentang
- 2 ulas bawang putih
- 1 botol kecil Black Pepper Sauce (Giant)
- 1 sudu makan Lea & Perrins Worcestershire Sauce
- 1 paket Champbell Chicken Soup (Serbuk)
- 1 sudu makan minyak zaitun
- Gula melaka
- Garam

Cara²
1. Rebus kentang sampai masak.
2. Tunggu kentang tu sejuk sikit, lepas tu buang kulit and potong kecil², pastu blend sekali dengan bawang putih tadi.
3. Panaskan periuk dan masukkan kentang yang dah diblendkan sekali ngan bawah putih tadi.
4. Masukkan 1 botol kecil black pepper sauce.
5. Masukkan 1 sudu makan Lea & Perrins.
6. Masukkan gula melaka ikut citarasa korang.
7. Masukkan garam sikit.
8. Ambil 1 paket Champbell Chicken Soup tu, bancuh dengan air panas sebelum masukkan dalam periuk bersama bahan² lain.
9. Akhir sekali, masukkan 1 sudu minyak zaitun dalam sos tu bila dah nak siap.
10. Kacau sampai sebati. If rasa terlampau pekat, tambah air. If cair, kacau lama sikit sampai jadi pekat.

Ha, siap sudah! Siapa cakap buat black pepper sauce ni susah? Kacang je kan? Haha. Kalau malas, buat terus portion besar, pastu simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan balik. Tahan lama oke? Untung². Sedap pula tu~ *terbayang chicken chop* Selamat mencuba! :D