Bagi pengguna² bas, mesti semua rasa tak puas hati disebabkan pertukaran nombor and pengendali bas baru yang mengambil alih laluan lama sejak 1 Disember 2015 (Selasa) hari tu kan? Boleh dikatakan majoriti, semua tak setuju dengan pertukaran ni. Sebelum tu, apa kaitan semua ni dengan BNR? Kenapa semua orang tak puas hati? Semua tu, saya akan jawab dalam entry ni.
Credit: SPAD Official Website |
Honestly, saya memang pengguna bas. Memang hampir setiap hari naik bas pergi kerja. So, saya rasa, saya ada first hand experience dan saya layak untuk bagi review. Acecece~ >.<" But, before i start, bare in mind, i'm not the kind of people that like to complaint all the time. Most of the time, if i think it is necessary to speak out, then i'll speak out, but i will also provide some suggestion/solution. So, this is one of the issue(s) that i think i need to speak out since this affect most of us; who takes bus to go to work. Oke, mohle kita start. :D
Apa tu BNR?
BNR tu sebenarnya Bus Network Revamp, dalam bahasa melayunya, Penyususan Semula Rangkaian Perkhimatan Bas Henti-henti. Pendek kata, penyusunan semula, ala, macam restructuring la. Nak selaraskan semua feeder bas ni balik. Nak tahu lebih, boleh baca kat link bawah ni. Nak download brochure pon boleh.
Kenapa ramai orang tak puas hati?
Mestila ramai tak puas hati. Sebab dia banyak, sampai tak boleh nak tulis dalam bentuk ayat. So, ni point² dia.
1. Annoucement, kempen, apa pun tak de.
Pihak SPAD tak buat announcement/kempen untuk bagitahu pengguna² bas ni yang dorang nak buat restructuring ni. Cuba teka kitorang tahu bila? Satu hari sebelum BNR start. Itu paling awal la kot. Saya lagi la, hari tu baru tahu. Sebab ape? Sebab hari isnin saya pergi kerja naik kereta. >.<" Of kosla dorang marah, macam baru mesyuarat semalam, hari ni terus nak tukar, pengguna² bas dah macam kena seranga hendap. Gila tak marah? Contohla, kitorang selalu naik U43 (RapidKL), datang² kat stesen bas, sebiji bas RapidKL pon takde. Gila tak terkejut? Kalau korang pon, konfem²la terkejut. Pastu konfius, U43 patut ganti dengan bas mana? Macam mana nak pergi kerja? Last², tanyala sesama kawan² bas (mesti korang kenal muka kawan² yang selalu naik bas sama² kan walaupun tak pernah bertegur sapa. tipu kalau tak tahu kalau tiap² hari naik bas. haha.). Tu pon, dorang tak berapa konfem, masing² konfius. Last², cari pakcik yang kerja kat situ, bas U43 macam mana, da ganti dengan bas apa? Nasib baik pakcik tu explain, bagitaw naik bas 506 (MetroBus).
Suggestion:
Pihak SPAD sepatutnya buat announcement awal², buat kempen² dalam satu dua bulan sebelum perlaksanaan. Dan, tolongla jangan buat time hari² bekerja. Untuk first day, cuba buat hujung minggu.
Stesen LRT Kelana Jaya (KJ24) |
2. Jadual perjalanan bas/ketepatan masa/bilangan bas.
Pengendali bas baru tak ikut jadual lama. Yang ni, memang bikin panas. Before this, bas RapidKL sangat² reliable. Hari first tu, since kitorang masing² konfius, tak tahu nak naik bas apa, pastu pakcik kerja situ bagitaw bas MetroBus ambil alih laluan U43, perghh.. kitorang tunggu daripada pukul 7:00AM sampai pukul 8:00AM kot, bas tak sampai². Sejam tu. Bas RapidKL dulu, setiap setengah jam dia gerak daripada stesen bas, almost punctual. Ni, bas tak muncul². Saya sangat pasti, kalau bas yang ambil alih laluan tu on time, kitorang takde nak marah², sentap² macam ni. Last², ramai ambil ERL/naik kereta pergi kerja. Rasa² macam ada yang ambil EL hari tu sebab tak sanggup nak tunggu bas kat situ. Owh, btw, ERL mahal oke? =.= Otw nak balik kerja tu, saya gigih tunggu bas, sebab kalau kita tak cuba, tak tahu kan condition dia macam mana? Tak baik tuduh orang tanpa usul periksa. Time naik bas tu, baru tahu daripada konduktor bas tu, hari tu, ada satu bas je untuk laluan U43 yang lama. Fuhhh! *cuba tenangkan diri sendiri*
Suggestion:
Pihak SPAD sepatutnya buat pemantauan prestasi pengendali bas sebelum pelaksanaan, supayah tak menyusahkan pengguna. Cuba bayangkan, before is better than after, something is wrong with the plan right?
Pihak pengendali bas pon, alahai, tolonglah ada common-sense sikit. Ada ke, bus route yang jauh camtu prepare satu bas je? Agak²la. Nampak sangat tak prepare.
Dalam RapidKL |
3. Cara pembayaran.
"Bang, nak bayar macam mana? Cash?". "Haah, cash. Takpe dik. Naik dulu.". Ha, ni lagi satu kes. Tak sangka zaman² moden macam ni, pengendali bas tak sediakan Touch N Go punya facility. =.= Aduh! Paling rare, MetroBus still menggunakan khidmat konduktor bas. Guna sistem macam kupon tu? Ni ha gambar dia. Saya rasa macam dapat kupon untuk hari kantin time sekolah² dulu. Haha. Rasa kelakar pon ada.
Suggestion:
Pihak SPAD mungkin boleh cadangkan penyelarasan penggunaan Touch N Go untuk semua pengendali bas untuk mengelakkan menyalahgunaan/mengambil kesempatan ke atas pengguna² bas.
MetroBus - Kupon tiket. |
4. Harga tiket.
Daripada segi harga tiket pula. Kalau korang tengok gambar kat atas tu, saya da asingkan ikut perjalanan. Dari belah kiri sekali tu otw balik rumah; RM3.50 (malam - 1 Disember 2015), RM3.10 (pagi - 2 Disember 2015) and RM3.50 (malam - 2 Disember 2015). RM3.50 tu mahal ke murah? MAHAL oke. =.= Sebelum ni, RapidKL charge RM1.90 je. Wuwuwuw~ Oke. Macam biasa, saya takkan tuduh sesenang hati je, so, saya buat sedikit research. Ala, tak yah tunggu research, dalam brochure BNR tu sendiri ada tulis harga syiling untuk tiket macam mana. Owh. Harga syiling tu dalam bahasa mudah, harga maksimum yang boleh dikenakan kepada pengguna. Cuba refer gambar kat bawah. So, kita guna contoh laluan bas U43/506, hanya melepasi dua zon; korang bole tengok zon² ni daripada brochure tu juga, dalam map yang besar tu. Maksudnya? Harga maksimum hanyalah RM1.90. Tolong betulkan saya kalau salah, tapi daripada pemahaman saya, ini yang saya faham. Cuba bayangkan, kesian dekat orang yang tak berapa berada, bas sepatutnya bagi pengangkutan yang lebih murah dan mudah, tapi, ni da macam menjerut leher, tapi dorang takde pilihan lain. Ini kejam dan sangat tak patut. Untuk bukti, saya ada minta izin dengan konduktor bas MetroBus untuk tangkap gambar jadual tambang.
Suggestion:
Penyelarasan untuk harga tambang bagi semua pengendali bas adalah perlu. Harga tambang yang telah dikaji oleh pihak SPAD harusla diberitahu (transparent) kepada pengguna² bas dan boleh digunakan sebagai rujukan. Ini untuk mengelakkan penyalahgunaan/sabotaj oleh pihak pengendali bas kepada pengguna² bas.
Credit: SPAD - BNR Kadar siling tambang bas |
Jadual tambang tiket bas laluan 506 (MetroBus) |
5. Keadaan bas tu sendiri.
Hm, untuk laluan yang masih mengekalkan khidmat RapidKL, saya yakin, tiada masalah kerana RapidKL menyediakan bas² yang lebih bersih dan terjaga. Lain pula bagi MetroBus. Berdasarkan pengalaman saya menggunakan MetroBus (506) selama dua hari, setiap bas yang saya naik, semuanya berbau, kurang bersih, uzur tu jangan cakapla. Tempat duduk tu berbau, da hitam berdaki dah. Pemegang kat tempat kerusi pon, alahai.. da terkopak² da. Geli nak pegang. Belum tambah dengan bila bas bergerak, da macam naik kereta kuda, terhentak depan belakang. =.= Kadang² tu, untuk saya, seronok juga, tapi kalau makcik², pakcik², atuk², nenek² yang ada vertigo (penyakit yang berkaitan dengan keseimbangan cecair dalam telinga yang boleh menyebabkan pesakit tu muntah², pening², etc), macam mana? Boleh masuk hospital kot. Ni gambar kat dalam bas. Tak berbaloi dengan tambang yang mahal, servis, hm, tak tahu nak bagi rating macam mana.
Suggestion:
Pihak pengendali bas sepatutnya lebih prihatin dengan keadaan bas tu sendiri. Paling² kurang, tolonglah pastikan bas tak berbau.
Dalam MetroBus |
6. Driver tak tahu jalan.
Haha. Ni kelakar. Ni untuk saya la, orang lain saya tak tahu. Mungkin dorang marah kot. Sebab apa? Sebab driver tak tahu jalan sampai sesat pergi ambil jalan lain. Sampai penumpang pula yang bagitahu kena masuk mana untuk masuk laluan yang sepatutnya. Kalau tanya saya, saya akan cakap, komunikasi dan persediaan daripada pihak SPAD atau pihak pengendali bas untuk BNR sendiri pon dah fail. Sebab tak prepare awal². Saya tak berani nak salahkan pihak SPAD dan pihak pengendali bas 100% sebab saya tak tahu proses dia macam mana. Kalau prepare awal², takkanlah driver bas tu tak tahu jalan. Saya sendiri takut terlepas destination saya sebab takut dia tak lalu bawah fly-over tu. Bila minta dia turun bawah tu, baru driver tu tahu dia sepatutnya turun ke bawah, sebab tu semalam dia tak lalu. Saya da macam, speechless? Haha. Nasib baik saya duduk kat sebelah, minta dia tolong turun kat bawah. Fuh, lega~ Sampai juga office. *thumbs up*
Suggestion:
Pihak pengendali bas sepatutnya menyediakan latihan/bawa driver tu melalui jalan² yang sepatutnnya untuk laluan² yang baru diambil alih beberapa kali. Percayalah, sekali tak cukup. Kena tiga empat kali untuk setiap perjalan pergi dan balik.
Kenapa nak buat BNR kalau semua orang pon cakap yang lama lagi oke?
Kalau tanya saya, saya akan cakap, BNR lebih sistematik daripada segi penamaan/penukaran nombor dan laluan bas untuk jangka masa panjang. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab kalau dulu, kita memang tahu nombor bas yang kita selalu naik, kita tahu dia nak pergi mana, tapi takde sistem yang kita terus tahu bas ni sebenarnya nak ke mana untuk first time user. Dia dah selaraskan nombor based on koridor²; ada 8 koridor semuanya. Boleh rujuk dekat gambar kat atas atau laman web rasmi SPAD - BNR. Senang, kita boleh tahu bas tu daripada mana dan nak pergi mana. Kebanyakan laluan bas dikekalkan dan ada laluan baru diperkenalkan; which is a good thing.
Tapi, daripada segi pelaksanaan, banyak lagi benda yang harus diperbaiki. Banyak benda yang not taken into consideration yang menyebabkan benda² yang saya lists kat atas tu jadi. Pemantauan berkala pon perlu. Owh, owh! BNR akan jadi awesome if ada apps yang boleh track bas tu da ada kat mana, da sampai mana etc. Boleh refer macam mana DTS Cyberjaya boleh buat apps macam tu. Senang, boleh rujuk. Takdela tertunggu² bas sampai tak boleh nak ke toilet pon. Hoho! :P
Saya pengguna bas, apa yang harus saya buat?
Sebagai pengguna, korang layak untuk membuat aduan kepada pihak SPAD jika ada perkara/isu² yang ingin anda ketengahkan (boleh rujuk laman web rasmi SPAD). Salurkan kemarahan anda kepada pihak² yang berwajib, jangan marah², komplen² kat belakang, orang yang perlu tahu tu tak tahu, so, most probably, dorang akan assume korang oke. Mengamuk bagai kat media sosial, tak menyelesaikan masalah. Saya sendiri pon dah buat aduan. Ambil tindakan atau tidak, itu tanggungjawab dorang. At least kita dah berusaha. Kalau rasa dah tak boleh nak tahan ambil bas, buat masa sekarang, cuba cari kawan² bas/orang² lain, ajak car pool sama². Jimat kos juga kan? Pendek kata, kita dah berikhtiar, kita dah cuba. Kan?
Perasaan dan pendapat peribadi.
Saya sangat² berharap pihak SPAD dan pengendali² bas, tolonglah dengar rintihan dan aduan kami² ni. Tindakan segera adalah perlu. Lebih² lagi, jika perkara ini berlarutan, ini akan menjejaskan ramai pihak. Masing² ada alasan tersendiri kenapa kami memilih untuk menaiki bas untuk ke tempat kerja berbanding drive sendiri. Cuba bayangkan kalau kami² yang selalu naik bas ni ambil keputusan untuk drive sendiri, jalan akan bertambah jamned (ni memang konfem), rate kemalangan pon akan naik, at the end, semua orang pon makin marah. Hm, itu je la untuk entry ni. If ada kesalahan daripada segi teori/fakta, tolong bagitahu/tegur. Ini adalah berdasarkan pemahaman saya after doing some research on BNR. Thanks! :)
p/s: i do hope that this is all nightmare and everything is going to be okay once i wake up. but sadly, it's not. this is reality, this is life and i have to cope with it. wish you guys the same.
Korang boleh tengok latest updates untuk BNR dalam entry baru kat sini.
Korang boleh tengok latest updates untuk BNR dalam entry baru kat sini.