Tahun ni, memang ramai Malaysian travel pergi Australia; Melbourne, Sydney, Perth pon tak terkecuali. So, dalam entri ni, saya nak kongsikan sikit tips travel backpack ke Perth dalam musim sejuk. Semua yang saya share kat bawah ni, based solely kat experience kitorang sepanjang kitorang planning and travel dalam masa 7 hari kat sana. Lain orang, mungkin lain pengalaman. :)
Perth City |
1. Travel mate
Cari orang yang korang selesa and
faham perangai dorang. Yela, time travel nanti, korang kena saling menjaga. Da
la kena menghadap muka dorang 24/7. Haha.
2. Tiket flight
Cari tiket flight time promo or
paling² tak pon, beli tiket awal² kalau korang da aim tempat yang korang nak
travel tu. Pastikan juga, korang tengok musim negara yang korang nak pergi time tu. :)
3. VISA
Ha, yang ni paling penting. Takde
VISA, maksudnya, korang tak bolehla nak merayap kat Australia tu. So, yang ni,
ada 2 cara; apply sendiri via ETA (AUD20) or apply via travel agent (RM20). If
korang nak apply via travel agent, boleh contact Wiya Leisure Service (012-584
6242). Service dorang sangat tip top. Tak sampai 24 jam kitorang dah dapat VISA.
4. Tempat tinggal
If korang tak kisah nak tidur kat
mana, korang boleh join CouchSurfing, FREE! Kalau korang nak tempat tinggal
yang lebih selesa, boleh try usha² tempat tinggal kat AirBnB, Booking.com, etc.
But if korang nak rumah yang selesa, korang boleh contact Faisal Abd Rahim
(012-420 9193). Nak book satu bilik je pun boleh. Kitorang sewa satu bilik hari
tu cuma AUD60 satu malam. Rumah tu pon dekat ngan Perth City and Airport.
Senang tu memang senang, dekat ngan public transport lagi. Sekarang ni, dia
tengah study kat Perth. Dia ada buat part-time untuk tour guide juga. Pendek
kata, if korang nak minta tolong pape macam airport transfer ke. Senang nak
deal ngan dia. Semua tempat best, semua dalam tangan dia je. :)
Rumah brother Faisal |
5. Download apps: Transperth
So, if korang pilih nak berjalan²
kat area Perth tu guna public transport, then, better korang download apps ni.
Actually, after satu dua hari, korang da boleh grab da camne nak pergi daripada
satu tempat ke satu tempat.
6. Sewa kereta
If korang travel ramai², lebih
jimat kalau sewa kereta. Tak payah nak apply international driving license
segala, sebab dia terima driving license Malaysia. Korang boleh try apply kat
priceline.com, vroomvroom, hertz, firefly, thrifty, etc.
If korang ada niat nak sewa kereta,
tapi taknak bazirkan duit untuk beli GPS, korang boleh download Google Map
Offline untuk area yang korang nak pergi tu. Jimat. >.<"
Car rental pickup |
7. Makanan
Bab makan ni, depends dekat korang.
If nak berjimat, bawa makanan banyak². Tapi kena take note juga, susah sikit
nak bawa makanan or barang² pergi kat Australia. Korang boleh tengok lists
barang yang tak boleh bawa kat website
ni.
8. Telekung & sejadah
Ni depends kat korang. But if
korang tanya saya, saya akan recommend korang untuk bawa paling kurang sejadah
sehelai; yang besar tu. Sebab kat sini, dorang tak kisah pon korang nak solat
kat mana² pon. Dorang sangat open minded. :)
9. Baju & seluar (biasa)
Since waktu winter tu sejuk, so,
korang boleh pakai 1 pasang baju ngan seluar untuk 2 hari. If korang rasa tak
selesa, boleh je tukar hari². Depends.
10. Baju & seluar (winter)
Yang ni memang korang kena ada,
kecuali kalau korang jenis orang kulit tebal. Serius sejuk, lagi² time malam.
Huhu.
11. Tukar matawang Australian
Dollar (AUD)
Tempat money changer yang paling
murah, ada kat Mid Valley; Level LG. Kat Nu Sentral pon oke juga. :)
12. Botol air kosong
Ha, botol air kosong ni wajib oke?
Untuk kegunaan ke tandas, sebab kat sana, takde hos air.
13. Botol spray
Botol spray ni pon penting juga.
Untuk ambil wuduk. Senang sikit.
14. Sepit IKEA
Sepit ni pon penting. Yela, kan
kita ada bawa makanan pergi sana. Lebih senang kalau ada sepit ni, daripada
guna getah. :)
15. Research/Itinerary
Macam biasa, sebelum pergi, kena
buat research² sikit. :)
WAKTU NAK NAIK FLIGHT DARIPADA MALAYSIA
1. Pakai baju biasa je. Cuma jaket ngan gloves tu, letak
dalam hand luggage; yang korang bawa naik atas flight tu. Nanti dah sampai
kat sana, boleh terus pakai, senang nak ambil.
2. Pastikan time packing² barang, pastikan semua jenis liquid,
termasuk moisturizer, botol air, etc, yang melebihi 100ml ada dalam
luggage yang masuk kargo; yang kena check-in tu. Kalau tak, korang kena
tinggalkan dia kat airport. :(
3. At least sampai kat airport 2 jam sebelum. Kang
berkejar² sebab pintu platform dah nak tutup. Yela, time nak check-in/baggage
drop tu selalunya ramai orang beratur. Better sampai awal untuk elakkan
berkejar² ni. :D
4. Passport pon letak dalam hand luggage. Sebab
asyik nak kena guna je passport tu.
5. Bawa pen, senang nak isi borang pape. If possible,
letak dalam hand luggage. Nak guna nanti senang.
WAKTU DALAM FLIGHT
1. Waktu da nak sampai airport, pramugari tu akan bagi korang Declaration Form. Better isi waktu
dalam flight.
2. Disebabkan kes virus Zika, sebelum kita nak landing tu, dia
akan buat semburan. Time ni, korang tutup hidung oke? :)
WAKTU SAMPAI KAT AIRPORT PERTH
1. Time dalam airport, tak sejuk mana pon. So, boleh je teruskan
berjalan sampai kat Imigresen dorang. Tak payah nak pakai jaket bagai.
2. Pastu nanti time korang da ambil luggage semua, sebelum keluar,
dia akan cek luggage korang. So, better if korang asingkan beg makanan ngan beg
pakaian. Paling kurang pon, dia akan suruh korang punggah satu beg je. Owh.
Saya suggest korang buat satu lists
barang² makanan ngan ubat² yang korang bawa dalam satu kertas. Pastu tunjuk
kat dia satu per satu.
SEMASA TRAVEL
1. WiFi
Actually, if korang dalam tight budget, boleh je kalau tak beli
SimCard ke apa. Sebab kat area tourist attraction, memang dia sediakan WiFi
free. Contohnya macam:
- Perth City
- Caversham Wildlife
- Rottness Island
- Freemantle Market
- Elizabeth Quay
2. Guna apps: Transperth
Apps ni sangat² berguna untuk first two days. Korang cuma perlu
keyin current location ngan destination, nanti dia akan bagi semua possible
route. Transperth ni include bus, underground/subway, train and ferry. Semua
dalam satu. Downside untuk apps ni satu je. Dia kena pakai WiFi. =.="
Lepas satu dua hari, korang confirm dapat pickup da macam mana nak guna public
transport kat sini. :D
Daripada segi ticketing, untuk tourist, dia ada banyak jenis. Ni 5
jenis yang paling kerap digunakan.
- 2 Section Ticket: AUD2.10
> Untuk perjalanan between 2 section.
> Valid 2 jam daripada masa kita beli.
- Standard 1 Zone: AUD3.00
> Untuk perjalanan within satu zon yang sama.
> Valid 2 jam daripada masa kita beli.
- Day Rider: AUD12.40
> Tiket untuk individu
> Perjalanan: unlimited
> Valid untuk satu hari.
- Family Day Rider: AUD12.40
> Tiket untuk family (at least 2 orang dewasa and 1 orang
kanak²)
> Perjalanan: unlimited
> Valid untuk satu hari
- FREE CAT Bus (Perth & Fremantle)
> Free untuk berjalan² sekitar Perth City; Red, Yellow, Blue
& Green
> Free untuk berjalan² sekitar Fremantle: Red & Blue
Untuk maklumat lanjut, korang boleh visit website Transperth. :) Btw, kat Australia,
culture dia sangat bagus, before and after kita naik bas, say
"Thanks!". And bila korang nak stop kat satu station tu, tekan button
Stop, 1 stop before kita punya stop. Contohnya, korang nak stop kat Stop B. Bas
tu lalu pastu turunkan orang kat Stop A, bila dia gerak je daripada Stop A,
korang terus tekan untuk berhenti kat Stop B. And paling penting, if korang nak
turun, memang kena tekan button tu, if tak tekan, dia tak berhenti. The same
thing goes when korang nak naik bas. If korang nak naik bas tu, tahan bas tu
dengan lambai². Kalau tak, dia tak berhenti. >.<" Yela, kadang²,
satu Stop ada banyak bas lalu.
3. Masjid (Perth Mosque)
Masjid ni dekat dengan area city. Banyak juga bas yang lalu kat
area sini; 950, 60, 63. Pastu turun tu, kena jalan sikit², pastu sampai. :)
Perth Mosque |
4. Makanan halal
Hm, bab makanan halal ni, macam biasa lah negara minoriti dia
Islam. So, susah sikit. Selalunya yang memang ada logo halal ni, kedai kebab.
>.<" Ada juga makanan Malaysia kat area sini, D'Nyonya Penang,
Little Cafe Malaysia, etc. Saya listkan ikut tempat, senang korang nak cari. :)
Perth
- Express Kebab, nearby Perth Mosque
- D’Nyonya Penang, Victoria Park
- Insan Café, Perth City
- Ispa Kebabs, Perth City
Fremantle
- Little Malaysian Café, Fremantle Market
- Ali Baba
- Tasty Wraps, Fremantle Market
Ada banyak juga kedai makanan yang takde logo Halal, tapi kita
yakin dia Halal. So, yang ni, ikut preference korang. >.<
5. Souvenir/Shopping
D'Nyonya Penang by Mak Jah |
If korang memang kaki shopping, korang boleh pergi kat area city.
Banyak juga kedai, cuma kena pandai cari harga yang berpatutan. Tapi tempat
wajib pergi untuk shopping kat city ni, Watertown Brand Outlet Centre. Cara nak
pergi kat sini senang je. Korang naik mana² FREE CAT Bus dia, ambil
Green/Yellow CAT. If korang ambil Green CAT, stop dia no 9, Sutherland Street.
If korang ambil Yellow CAT, stop dia no 17, Sutherland Street. J
Oke, bab souvenir pula, kalau korang memang nak beli murah gila,
memang kena pergi kat Fremantle. Sampai je korang kat stesen Fremantle tu,
korang pergi kat E-Shed Market. E-Shed Market ni dia macam Pasar Payang. Dalam
tu memang banyak kedai² kecil. Ada 2 kedai souvenir paling famous kat sini,
Megabes Product ngan Aussin. Harga barang kat kedai lain², so pandai²la korang
usha sebelum korang beli. Kadang², harga dia walaupun kedai dia sebelah
menyebelah, berbeza oke. >.<” Macam mana nak pergi daripada Fremantle
Station ke E-Shed market? Ada 2 cara, satu jalan kaki, satu lagi naik bas. Depends
kat korang. Tak jauh pun daripada E-Shed Market tu. Ada jalan kat railway tu. :D
E-Shed Markets |
Kalau korang memang dah terlambat atau tak sempat nak pergi
Fremantle, ada je kedai souvenir yang murah kat area city tu. Nama kedai dia
City Gifts & Souvenirs. Tapi beza juga la harga dengan kat Fremantle tu, dalam AUD2 paling kurang.
6. Tourist Attraction
Perth
- King’s Park & Botanic Garden
Naik bas no 37, last stop.
Ada macam² benda yang korang boleh buat kat sini. Nak piknik pon
boleh. Ada taman botani juga, macam FRIM, tapi lebih cantik. >.<”
- Blueboat house
King's Park & Botanic Garden |
Naik bas no 950, stop no 23000.
- Caversham Wildlife Park
Naik train sampai Bassendean, pastu naik bas no 956.
Nanti kat entrance, guna intercom tu minta tolong hantar shuttle.
Dia akan bawa korang ke dalam. Jauh juga kalau nak berjalan. Yang ni korang
kena prepare entrance fee; AUD27. Boleh tangkap gambar ngan kangaroo, koala,
wombat, etc. :D Sangat bebas oke?
- Elizabeth Quay
Caversham Wildlife Park |
Hampir semua bas berhenti kat sini, sebab Elizabeth Quay ni macam
stesen besar untuk Bas, Tren ngan Ferry. :) So, tak payah risau sesat ke ape.
- Pinnacles & Sand Dune, Lancelin
Yang ni, kalau nak pergi, memang takde public transport. Is either
hire tour guide or bawa kereta sendiri. Memang jauh, dalam 2 jam cenggitu.
Kalau nak hire tour guide, boleh try call brother ni, Faisal Abd Rahim
(012-420 9193). Dia boleh arrange
tour untuk korang. :D Kalau korang drive, sebaik²nya pergi time
da cerah sikit pastu balik sebelum gelap. Kena hati² juga drive sebab kat sini
banyak wildlife lalu lintas. Sebab tu kebanyakan kereta sewa kena beli insurans
sekali. >.<”
Entrance fee untuk masuk Pinnacles tu, dia charge ikut kereta; 1
kereta AUD12.
Sand dune tu, kalau nak main, kena sewa sandboard kat Lucky7, 2 jam AUD10.
Fremantle
The Pinnacles View |
- E-Shed Market
Yang ni, tempat untuk beli souvenir. Kalau daripada Fremantle
Station tu, korang boleh jalan kaki or naik bas; Red CAT – stop no 1. Ada 2
kedai souvenir yang best kat sini, boleh masuk Gate 3;
Megabes Product: harga serendah AUD1.50
Aussin: harga serendah AUD1.50
- Fremantle Market
Naik Blue CAT, turun kat stop no 3.
Ni lebih kurang macam Pasar Seni je. Banyak barang² kraftangan
cenggitu je. >.<"
- Cicerello’s/Kailis
Ha, ni tempat famous kalau korang nak makan Fish n Chip dia.
Biasanya, lidah Malaysia, nak makan Fish n Chip kena ada sos. If korang memang
lidah Malaysia, korang kena beli sos time order. Korang boleh pergi kat
Cicerello’s/Kailis naik Blue CAT, turun kat stop no 17.
Ni kitorang tak sempat nak pergi, so takleh nak cakap lebih².
>.<”
7. Groceries
- Kitorang selalu beli groceries kat IGA Supermarket sebab barang dia lebih murah. Kat IGA Supermarket yang kitorang pergi ni, dia ada letak satu section Halal Meat. So, korang boleh beli, pastu masak kat rumah. Jimat pon jimat. If korang tak jumpa IGA ni, korang boleh cari jenama Steggles. :D
- Ada kedai runcit Asian/Oriental juga, so, korang boleh dapat belacan kat Perth ni.
8. Extra tips
- Trip nak pergi Pinnacle ngan Sand Dune kat Lancelin tu boleh
buat dalam hari yang sama. If korang sewa kereta untuk pergi kat tempat ni,
pastikan korang keluar pagi² buta and balik sebelum hari gelap. Ni untuk elakkan korang ada accident ngan kangaroo yang melintas sebab kangaroo aktif waktu malam.
- Time ambil kereta sewa tu, pastikan korang cek betul² kereta tu,
ada calar², kemek² yang dorang tak record ke. Takut nanti korang yang kena
tanggung kerosakan tu.
- Kebanyakkan kedai buka daripada pukul 9AM – 5PM. Ada certain
kedai je yang dia lanjutkan sampai pukul 9PM. So, if korang nak pergi ke
certain² tempat, pastikan in between 9AM – 5PM. Kang takut da tutup. >.<”
- Download offline maps @Google Maps untuk bantu korang navigate
around the city. Kitorang kalau sesat, pakai offline maps. >.<”
- Dorang ada flea market setiap hari ahad. Best! Nak tahu kat
mana? Kena tanya brother Faisal Abd Rahim.
- Night market takde time winter.
- Lepas ambil wuduk, lap kering² yang kat celah² jari kaki tu.
Kalau tak lap betul², nanti bila balik sini, jadi Athlete’s foot. Kiranya, ada
fungus. Tak pepasal je.
- Brother Faisal Abd Rahim ada juga cakap, kat sini, ada fast food restaurant yang halal. Contohnya macam Nando's, sebab dia punya supplier ayam jenama Steggles. Yeay!
WAKTU PACKING NAK BALIK
MALAYSIA
Halal Meat @IGA Supermarket |
1. Time nak balik,
pastikan semua barang yang korang beli tu, simpan dalam luggage yang nak masuk
dalam kargo. Lagi², barang² kosmetik tu. Macam face masks, moisturizer,
shampoo, etc, yang melebihi 100ml, semua letak dalam luggage oke?
Kang tak pepasal kena tahan ataupun kena bayar luggage lebih. Rugi².
2. Timbang beg betul². Janganla obvious sangat kalau terlebih
berat. >.<”
WAKTU NAK BALIK KAT
MALAYSIA DARIPADA AIRPORT PERTH
1. At least, ada kat airport
dua (2) jam sebelum flight balik. Nak setelkan check-in luggage lagi, nak
beratur lagi.
2. Lepas da check-in tu,
ambil terus borang and isi. Nanti nak boarding tu, ada staf check borang ni.
Lupa da nama dia apa. =.=
Have fun and happy
holiday!
Updates:
Korang boleh refer kat entry Total Cost untuk Backpack untuk jumlah expenses. :)
Updates:
Korang boleh refer kat entry Total Cost untuk Backpack untuk jumlah expenses. :)