Tips Backpack ke Japan [Winter]

Lately, harga flight ticket ke Jepun agak murah. :) So, obviously, ramai orang ambil kesempatan ni untuk travel kat Jepun. Banyak orang cakap, nak pergi Jepun ni, kos dia tinggi. Well, if kita berjimat or try untuk ikut kita punya budget, saya rasa takde masalah pon. Semua tu depends kat individual tu sendiri. Kat bawah ni, saya nak share pengalaman kitorang selama 8 hari 7 malam kat Jepun.



SEBELUM TRAVEL
1. Travel mate
Cari orang yang korang selesa and faham perangai dorang. Yela, time travel nanti, korang kena saling menjaga. Da la kena menghadap muka dorang 24/7. Haha.

2. Tiket flight
Cari tiket flight time promo or paling² tak pon, beli tiket awal² kalau korang da aim tempat yang korang nak travel tu. Pastikan juga, korang tengok musim negara yang korang nak pergi time tu. :) Sebaiknya, korang beli in-flight meal & travel insurance time booking ticket.

3. Tempat tinggal
If korang tak kisah nak tidur kat mana, korang boleh join CouchSurfing, FREE! Kalau korang nak tempat tinggal yang lebih selesa, boleh try usha² tempat tinggal kat AirBnB, Booking.com, etc.

Kyoto
Bishamonrou @Booking.com
- JPY 8800/satu malam; satu rumah.
- Selesa, cuma agak sejuk time winter and bising sikit time malam sebab dia dekat ngan main road.
- Agak dekat dengan convenient store & public transport.
- Takde alatan memasak, ada electric kettle je.

Nara
Guest House 53 @Booking.com
- JPY 6000/satu malam; satu bilik. Dapur, bilik mandi, bilik air - shared space.
- Selesa gila. Heater pon functioning well; basically tak rasa sejuk langsung even kat luar boleh menggigil. >.<"
- Location pon oke sebab dekat dengan Nara Park & public transport.
- Ada alatan memasak yang lengkap, so, boleh memasak sambil berjimat. :P

Tokyo
Kanako's @AirBnB
- RM 655/dua malam; satu rumah.
- Selesa gila. Rasa macam duduk rumah sendiri. Rumah dia awesome gila. Memang boleh masuk dalam wishlist la.

Osaka
Kansai Airport
- Kitorang punya booking kena cancel last minute, so, kitorang tidur kat airport. But don't worry, even tidur kat airport, selesa juga. :D Senang pon senang, sebab boleh terus check-in pagi esok tu. Owh! Makanan kat airport dia, halal & sedap gila!

Updates:
If you'd like to have some discount while using Booking.com, you can use referral code "caab8990" to get 10% discount. But it applies to first time user only.


But if you choose to book your accommodation using AirBnB, you can use this referral link to get worth of RM120 travel credits. But again, it applies to first time user only.

4. Pocket Wifi (Optional)
Actually, pocket wifi ni takde pon takpe, cuma susah sikitla korang nak navigate jalan, sebab tak boleh download map Jepun offline. >.<" Memang ada free wifi kat tourist attraction dia, tapi kena register. So, agak susah sikit bila kita da terkeluar daripada zon wifi yang kita register tadi. Kitorang ambil pocket wifi daripada Japan Wireless. Service and line yang dorang provide pon awesome! :)


5. Makanan
Bab makan ni, depends dekat korang. If nak berjimat, bawa makanan banyak² dari Malaysia. But if korang nak travel light, beli makanan kat Jepun pon takpe. Cuma mahal sikit la. Don't worry, banyak makanan halal kat sana.

6. Telekung & sejadah
Ni depends kat korang. But if korang tanya saya, saya akan recommend korang untuk bawa paling kurang sejadah sehelai; yang besar tu. Selesa sikit nak solat kat rumah. :)

7. Baju & seluar (biasa)
Since waktu winter tu sejuk, so, korang boleh pakai 1 pasang baju ngan seluar untuk 2 hari. If korang rasa tak selesa, boleh je tukar hari². Depends.

8. Baju & seluar (winter)
Yang ni memang korang kena ada, kecuali kalau korang jenis orang kulit tebal. Serius sejuk, lagi² time malam. Huhu.

9. Tukar matawang Japanese Yen (JPY)
Tempat money changer yang paling murah, ada kat Mid Valley; Level LG. Kat Nu Sentral pon oke juga. :) Kat D'Pulze Cyberjaya pon not bad.

10. Botol air kosong
Ha, botol air kosong ni wajib oke? Untuk kegunaan ke tandas, sebab kat sana, ada certain tempat ada bidet, ada tempat yang takde bidet. Depends kat tempat tu juga; selalunya tempat yang class², ada bidet. :D Paling awesome, dia ada seat warmer kot. Gila tak awesome, time winter, boleh kejung kot. Haha. >.<"


Toilet awesome! Ada air. xD
11. Botol spray
Botol spray ni pon penting juga. Untuk ambil wuduk. Senang sikit. Sebab dorang tak suka lantai basah.

12. Sepit IKEA
Sepit ni pon penting. Yela, kan kita ada bawa makanan pergi sana. Lebih senang kalau ada sepit ni, daripada guna getah. :)

13. Research/Itinerary
Macam biasa, sebelum pergi, kena buat research² sikit. :)

14. Night Bus
If korang nak cover area Kansai (Osaka, Kyoto, Kobe, Nara, etc) ngan Kanto (Tokyo, etc) macam kitorang, cara paling jimat is korang kena book night bus. Boleh jimat kos tempat tinggal and transport. Dah la murah, selamat dan selesa lagi. Owh, dapat sekali ngan blanket. Nak tidur nganga luas² pon boleh. Haha. :D Korang boleh usha website ni; Willer Express. Don't worry, dia boleh cakap english.


Night Bus, Willer Express (From Osaka to Tokyo and vise verse)

WAKTU NAK NAIK FLIGHT DARIPADA MALAYSIA
1. Pakai baju biasa je. Cuma jaket ngan gloves tu, letak dalam hand luggage; yang korang bawa naik atas flight tu. Nanti dah sampai kat sana, boleh terus pakai, senang nak ambil.
2. Pastikan time packing² barang, pastikan semua jenis liquid, termasuk moisturizer, botol air, etc, yang melebihi 100ml ada dalam luggage yang masuk kargo; yang kena check-in tu. Kalau tak, korang kena tinggalkan dia kat airport. :(
3. At least sampai kat airport 2 jam sebelum. Kang berkejar² sebab pintu platform dah nak tutup. Yela, time nak check-in/baggage drop tu selalunya ramai orang beratur. Better sampai awal untuk elakkan berkejar² ni. :D
4. Passport pon letak dalam hand luggage. Sebab asyik nak kena guna je passport tu.
5. Bawa pen, senang nak isi borang pape. If possible, letak dalam hand luggage. Nak guna nanti senang.
6. If possible, travel light. But ni depends kat personal preference korang. :) Kat sini banyak tangga kot. Silalah menggigihkan diri korang mengangkut kalau travel bawa barang banyak². >.<"


WAKTU DALAM FLIGHT
1. Waktu da nak sampai airport, pramugari tu akan bagi korang Arrival Card. Better isi waktu dalam flight.
2. Jangan lupa solat Subuh! :D Korang boleh try google cara² nak solat dalam flight. Bila lagi nak dapat pengalaman camni kan?

WAKTU SAMPAI KAT AIRPORT
1. Time dalam airport, tak sejuk mana pon. So, boleh je teruskan berjalan sampai kat Imigresen dorang. Tak payah nak pakai jaket bagai.
2. Pastu nanti time korang da ambil luggage semua, sebelum keluar, dia akan cek luggage korang. So, better if korang asingkan beg makanan ngan beg pakaian. Paling kurang pon, dia akan suruh korang punggah satu beg je.
3. Pickup pocket wifi if korang ada order. :)
4. Lepas keluar je daripada Arrival Hall kat Kansai Airport tu, terus belok kanan, pergi beratur terus kat Tourist Information Counter dia nak beli tiket. Kalau korang lengah², kang bazir masa beratur je. >.<"

Kansai Airport - dia susun beg kita cantik² kot. <3
SEMASA TRAVEL
1. Visitor Discounted Tickets/Pass
Since kitorang nak berjimat, obviously kitorang akan cari tiket yang ada discount. >.<" Korang boleh usha² tiket yang sesuai dengan itinerary korang.
- Kansai Thru Pass: cover trains, subways, trams and buses in all Kansai area (except JR).
- Osaka Visitor Pass: cover subways, new trams and buses in Osaka area (except JR).
- Tokyo Subway Ticket: cover subways in Tokyo area (except JR).
Korang boleh refer website ni kalau korang nak research which ticket yang suit itinerary korang; Japan Guide.

Visitor Discounted Tickets/Pass
2. Guna apps: Hyperdia
Macam yang kita selalu dengar, public transport kat Jepun ni sangatlah punctual. So, dengan apps ni, korang boleh plan itinerary korang dengan lebih senang. Cuma korang kena tahu beza antara stesen. Sebab ada stesen tu, ada 2-3 nama lain. :) Korang boleh try usha² website Hyperdia ni before korang travel, at least korang da tahu camne nak guna, kan? :D 


3. Masjid/Prayer Room
Alhamdulillah, Jepun sangat Muslim friendly. Hampir semua area yang kitorang pergi, at least ada 1 tempat untuk solat; either betul² masjid or sekadar tempat solat (ada yang dalam restoran & information center). Ada certain tempat, dia ada tempat wuduk kat dalam, ada yang kena ambil wuduk kat dalam toilet. :)


Note: 
* - dalam restoran
** - dalam shopping complex

Kyoto
- Kyoto Masjid (Islamic Information Center)
- Kansai Information Centre, Kyoto Tower
- Ayam-Ya *
- Raju Kyodaimae *
- Istanbul Saray *
- Gion Naritaya *

Nara
- Nara City Tourist Information Center

Kobe
- Kobe Mosque

Tokyo
- Laox Shopping Centre **
- Tokyo Big Sight, Daiba **
- Islamic Center of Japan
- Darul Arqam Mosque
- Noa Dogenzaka

Osaka
- Osaka Masjid
- Osaka Ibaraki Masjid
- Nazar *
- Tori Dining Tsuki no odori *
- Laox Daimaru Shinsaibashi **
- Hard Rock Cafe *
- Kansai Tourist Information Center Shinsaibashi
- Namba City
- Osaka Station City
- Kansai International Airport

4. Makanan Halal
Since Jepun da jadi Muslim friendly, obviously, makanan pon banyak yang halal. Tinggal korang prepare duit je. >.<" Macam kes kitorang, budget habis kat makanan je. Adoi. Hahaha. Ni tak termasuk lagi, jalan² jumpa kedai Kebab. Da la sedap. Habis lagi duit. xD

Note: 
* - low budget food (< JPY 600)
** - medium budget food (JPY 600 - JPY 1800)
*** - high budget food (> JPY 1800)

Food Hunting @Kyoto
Kyoto
- Ayam-Ya **
- Cutlet at Arashiyama Street Market *
- Onigiri at Nishiki Market *
- Tuna Sandwich at Subway *

Kobe
- Naan Inn **

Food Hunting @Hanasakaji-San, Tokyo
Food Hunting @Tokyo
Tokyo
- Hanasakaji-San ***
- Red Bean Fish at Ameyoko *
- Sojibo at Tokyo Diver City **
- Shinjukugyeon Ramen Ouka at Shinjukugyeon **
- Little Kebab Station, Shibuya *

Food Hunting @Osaka
Osaka
- Takoyaki at Dotonbori *
- Red Bean Fish at Dotonbori *
- Matsuri at Nodahanshin **
- U-Don at Kansai Airport *

Kat atas ni, saya listkan tempat yang kitorang stop untuk makan. >.<" Untuk details lists restoran yang halal, korang boleh usha kat website ni; Halal Media Japan. Kat website ni juga korang boleh dapat info untuk tempat yang korang boleh berhenti solat. :D

5. Souvenir/Shopping
Kat Jepun ni, banyak gila street untuk shopping² ni. Depends kat budget korang. Antara tempat yang harga dia agak murah, kat Nakamise Street (Asakusa, Tokyo) and Dotonbori Street (Namba/Shinsaibashi, Osaka). Ada banyak je tempat lain, well, macam biasa, ada certain tempat harga benda yang korang cari tu, kat sana murah, sini mahal, vice verse. :)

Nakamise Street (Left) & Dotonbori Street (Right)
6. Tourist Attraction
Since kitorang lebih berminat nak jalan², so, kitorang punya itinerary lebih kepada jalan² kat street instead of pergi kat temple ataupun shrine. >.<" But if korang looking for temple or shrine to visit, serius banyak gila. Jalan² sekejap, eh? Macam cantik je, rupa²nya temple/shrine. Ha, gitu. Owh. Ni link untuk tengok tempat² yang menarik kat Jepun oke? Japan Guide is a good start. Dia siap bagitaw kot macam mana nak pergi. :D

Kat bawah ni, tempat yang kitorang plan untuk pergi, tapi ada certain tempat yang tak sempat nak cover sebab kekangan masa. >.<" Takde rezeki.

Note: 
* - tak sempat nak pergi
** - jumpa secara tak sengaja; sebab dekat²

Tourist Attraction @Kyoto
Kyoto
- Arashiyama Bamboo Grove
- Arashiyama Park **
- Arashiyama Street Market/Sanjo Dori **
- Togetsukyo Bridge **
- Gion
- Kyoto Tower
- Nishiki Market
- Kyoto Imperial Palace *
- Kyoto Mosque *
- Nijo Castle *
- Kiyomizu-dera *
- Komeya-cho **

Tourist Attraction @Nara
Nara
- Nara Park
- Kasugano-cho **

Kobe
- Kobe Mosque
- Earthquake Museum *

Tourist Attraction @Tokyo
Miraikan @Tokyo
Tokyo
- Ninja Trick House
- Shimo-kitazawa *
- Shibuya
- Takeshita Street
- Ueno Park
- Ameyoko Street
- Nakamise Street
- Darul Arqam Mosque
- Akihabara
- Tokyo
- Omote-sando
- Tokyo Sea Life Park
- Miraikan
- Statue of Liberty *
- Gundam Front
- Rainbow Bridge *
- Ikebukuro *
- Tokyo Dome **

Tourist Attraction @Osaka
Osaka
- Umeda Sky Building
- Osaka Castle *
- Shinsaibashi
- Dotonbori

7. Groceries
Kitorang beli groceries kat macam² tempat. >.<" Selalunya kitorang beli kat tempat² kat bawah ni.

Kyoto/Osaka/Kobe/Nara/Tokyo
- Family Mart
- 7 Eleven
- Lawson


Kobe
- Kobe Halal Food

Tokyo
- Tokyu Food Show

8. Extra tips
- Jangan lupa bawa International Adapter.
- Time nak beli makanan tu, kalau korang tak sure boleh makan ke tak, just tanya cenggini.
"Sumimasen (excuse me). Butano (babi), Lado (lad), Sake (arak), hoshikunai (tak nak)."
- Nak minta laluan, just cakap, "Sumimasen". If terlanggar orang, just cakap, "Gomenasai". Nak cakap terima kasih, "Arigato-gozaimasu".
- If korang terhilangkan kad, just cakap, "Sumimasen (excuse me). Karto (kad) o-nakushimashita (lost)".
- Download Google Translate, dia ada direct translate based on gambar yang korang tangkap. :) Try search kat Google, La Bamba. Senang sikit korang nak translate ingredient makanan.

WAKTU PACKING NAK BALIK MALAYSIA
1. Time nak balik, pastikan semua barang yang melebihi 100ml, semua letak dalam luggage oke? Kang tak pepasal kena tahan ataupun kena bayar luggage lebih. Rugi².
2. Timbang beg betul². Janganla obvious sangat kalau terlebih berat. >.<"

WAKTU NAK BALIK KAT MALAYSIA DARIPADA AIRPORT
1. At least, ada kat airport dua (2) jam sebelum flight balik. Nak setelkan check-in luggage lagi, nak beratur lagi. Kalau naik AirAsia, kalau tak silap, dia kat Platform G.
2. Kalau ada duit syiling tu, habiskan je kat airport. Huhu. Beli bekalan balik, boleh makan dalam flight. >.<" Jimat gitu. Sebab tak boleh tukar duit syiling kat money changer.



Have fun and happy holiday!

Notes:
If korang wondering berapa kos yang saya spent kat sana, boleh refer kat entry ni; Total Cost untuk Backpack Travel (Japan)