Selalunya saya tulis and share experience pergi travel during winter kan? This time, saya nak share pengalaman kitorang jalan² during spring; what to expect, extra tips, itinerary, makanan halal, tempat solat, etc². This time, kitorang decide untuk pergi kat Busan & Jeju, South Korea. Macam biasa, kitorang travel for 7 days 6 nights .
Korang boleh baca kat entri ni untuk common tips for travel; Common Tips Before Backpack Travel. Saya decide untuk asingkan, sebab dia keep repeating everytime saya nak share tips backpack. So, saya terfikir why not create another entry for it kan? Hehe! Takdela keep copy paste je, tak syok la gitu. Jadi, kat sini saya boleh share or fokus kat benda yang lain daripada common tips tu. Taddaaaa~
Ramai orang excited gila nak pergi Jeju sebab pemandangan dia cantik, pastu banyak UNESCO World Heritage. Ada certain benda yang saya rasa orang overclaim, but maybe the way kitorang view benda tu lain². So again, it really depends on korang juga.
WHAT TO EXPECT
1. Make sure korang fit daripada segi stamina sebab kat Jeju ngan Busan, most of the time, is either korang kena naik tangga yang maha tinggi ngan curam, or korang kena mendaki. >. <"
2. Kalau rasa² nak bawa parents, maybe boleh fikirkan tempat bercuti yang lain kot. Sebab kitorang sendiri pon nak naik tu, dah mengah². Serius.
3. Kalau korang jenis yang gayat pun, maybe boleh jalan² kat tempat yang tak berapa nak tinggi. Tapi agak susah, sebab kat sini memang takleh nak lari daripada mendaki² ni. Da rasa macam hiking trip. Kaki sampai rasa cramp lepas bersukan tu. T.T
4. Makcik² ngan pakcik² kat sini peramah je, cuma dorang tak pandai cakap English. Pastikan korang at least equip dengan general and basic daily conversation punya word² tu.
5. Time Spring season, dia tak sejuk sangat. Korang pakai macam biasa² yang korang pakai kat Malaysia. Just add-on bring sweater or cardigan je; ala yang korang pakai sejuk² aircond tu. >.< Sebab kalau korang plan nak keluar malam², dia sejuk sikit. InsyaAllah, boleh je tahan tu. Longjohn semua apa jadah tu, tak payah pakai. Membazir je bawa.
6. Sila bawa korang punya sunscreen sekali. Eventhough kat Jeju ngan Busan tu tak sejuk tak panas, suhu optimum gitu, tapi matahari still ada. Boleh kena sunburn. Tahu² balik tengok cermin, eh?? Asal belang? : O
SEBELUM TRAVEL
1. Pocket Wifi (Optional)
If korang nak rent pocket wifi, korang boleh book online. Saya book kat Klook sebab dia offer yang paling murah.
2. Car Rental
Ramai orang Malaysian yang pilih nak drive untuk jalan² kat Jeju sebab senang, murah dan cepat. Ada je option lain, macam naik intercity bus, teksi, etc²; which depends kat korang. Kitorang choose untuk drive sendiri, sebab lebih flexible dan senang nak bergerak.
Kitorang sewa kereta Kia Morning kat Jeju guna OK-Jeju-Rent-A-Car at EasyCarRental.com . Harga pun quite oke sebab 3 hari, kitorang kena charge RM322.17. Ni inclusive of insurance ngan English GPS. Ni wajib oke, kalau takde, korang kena ada at least waze and unlimited internet connection. Kang tak pepasal, sesat. So, kira semua sekali dengan harga tu oke la kan? Sebab cost tu kitorang divide by dua.
Before korang boleh drive kat sana, korang kena apply untuk International Driving Permit (IDP) kat JPJ Malaysia. Harga dia RM150. Time korang nak apply tu, bawa 1 keping gambar passport (background color putih) dan salinan ic ngan driving license (pastikan lesen memandu tu valid at least setahun, kalau tak, pergi renew kejap). Sekejap je proses dia.
Kat South Korea, dia punya lane dia terbalik ngan kat Malaysia ni. Driver dia duduk belah kiri. Sebab tu korang kena apply International Driving Permit (IDP) ni. Dia valid untuk 1 tahun daripada tarikh apply.
3. Domestic Flight (Busan -> Jeju -> Busan)
Since kitorang ni terbeli tiket awal seminggu sebelum AirAsia buat promosi flight firect ke Jeju from KL tu, terpaksalah kitorang ni beli domestic flights nak ke Jeju pastu patah balik ke Busan.
Kitorang ikut tips yang dorang bagi dalam artikel ni; 8 Cara Beli Tiket Kapal Terbang Lebih Murah ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Kitorang book tiket flight kat AirBusan and return trip harga dia KRW73,800.
4. Accommodation
Kitorang chooses untuk tidur tempat lain² kat Jeju sebab kitorang memang jalan² keliling pulau tu. So, macam membazir if kitorang book untuk tidur kat satu tempat je, nak kena patah balik. Rugi dah masa ngan minyak kat situ. Sampai kat Busan, since kitorang nak stay lama kat sana, nak basuh baju lagi, semua² tu, kitorang stay kat 1 tempat je.
Note: Dorang provide towel kecil je untuk mandi. Besar cam tuala sukan yang orang lap peluh tu. Kalau korang nak selesa, korang boleh bawa towel sendiri. :)
Jeju (AirBnB @JeffHouse2)
- RM106.39/satu malam; satu rumah.
- Selesa untuk 2 orang.
- Ada bilik tidur ngan bilik air.
- Takde tempat memasak; ada fridge, electric kettle ngan microwave.
- Host yang sangat awesome and friendly.
- Dapat famous Jeju orange (hallabong) 4 biji, host bagi.
- Dekat ngan Mount Sanbangsan & Yongmeori Coast.
Jeju (Booking @SunFlowerMinbak)
- KRW36,000/satu malam; satu bilik.
- Selesa untuk 2 orang.
- Private bathroom kat dalam bilik.
- Ada tempat memasak; common space, kena share ngan orang lain.
- Host yang friendly, macam pakcik².
- Kalau nak check-in, kena pergi convenience store kat sebelah; owner sama.
- Sangat² dekat ngan Seongsan Ilchulbong; 5 minutes walk.
Jeju (AirBnB @AngelaHouse2)
- RM105.13/satu malam; satu rumah.
- Selesa untuk 2 orang.
- Ada bilik tidur, bilik air ngan tempat memasak.
- Host yang responsive and thoughtful.
- Dapat korean melon ngan banana.
- Dekat ngan Dongmun Market/Dongmun Rotary.
- 20 minutes to Jeju International Airport by bus.
Busan (AirBnB @Bomi)
- RM470.68/tiga malam; satu rumah.
- Tingkat 2; kena naik tangga.
- Sangat² selesa untuk 2 orang.
- Macam rumah minimalis; simple, tapi lengkap ngan semua benda.
- Host yang sangat responsive and sangat accommodating.
- Accessible by public transport; turun kat main station macam Nampo Station.
- Kena naik tangga yang maha tinggi dan jalan yang macam mendaki sikit.
Updates:
If you'd like to have some discount while using Booking.com, you can use referral code "caab8990" to get 10% discount. But it applies to first time user only.
But if you choose to book your accommodation using AirBnB, you can use this referral link to get worth of RM120 travel credits. But again, it applies to first time user only.
5. Research/Itinerary
If tanya saya, saya suka buat itinerary dalam bentuk map. Susun semua tempat yang kita nak pergi, then buat range. So kita boleh dapat idea, mana tempat yang kita patut pergi sekali. Gitu. Hoho!
For Jeju, korang kena pandai cari nombor telefon untuk setiap tempat yang korang nak pergi. If korang guna GPS yang dorang bagi tu, just masukkan nombor telefon, nanti dia navigate untuk korang ke tempat tu. Simple kan? :D
TRANSFER DOMESTIC FLIGHT FROM BUSAN TO JEJU (RETURN)
1. Kalau korang sampai kat Gimhae International Airport, korang kena keluar ikut Gate 4, then pusing kanan, jalan 5 minit, sampai kat Gimhae Domestic Terminal.
2. Korang boleh self check-in kat counter. Senang je nak guna sebab ada menu dalam English.
3. Boarding time dia selalunya 15 min before departure untuk domestic flight. Don't worry, gate tu sangat² dekat ngan pintu masuk lepas check boarding pass. Tak macam kat KLIA2, nun jauh disana.
4. Daripada Jeju nak balik ke Busan, korang sampai je kat airport tu, cari Domestic Departure. Don't worry, senang je nak cari, ikut je signboard. Ni pon gate dia dekat je ngan pintu masuk lepas dia check boarding pass.
SEMASA TRAVEL
1. Pickup Wifi (Optional)
Sampai je kat airport, kita kena pickup wifi (if korang ada order). Tapi saya punya mistake, saya book and bayar guna debit card eventhough dia ada state kat situ, upon pickup kena provide credit card atas nama saya.
Time booking, everything oke je, sebab selalunya saya guna debit card untuk buat transaction. Dia da deduct duit da pon, so, ingatkan semua oke. Tapi time nak pickup kat airport, dia cakap, tak boleh ambil sebab tak de credit card. Kitorang da macam, what?? Nak kejar domestic flight ke Jeju lagi, panik gila. Orang yang jaga counter tu pula boleh faham basic english je. So, nak tak nak, redha je la. Bila kitorang da dapat internet, terus hantar emel kat support dorang and state the problem and request for refund. Tahu dah, salah saya pon, tapi Alhamdulillah semua oke.
So, lesson learned, jangan sesuka hati je nak guna debit card if dia da state kena guna credit card. If korang tak sure, maybe boleh confirmkan dengan telefon support line dorang.
Since kitorang memang sangat² perlukan internet on the go, kitorang pon gigihla pergi beli simcard kat Jeju International Airport, harga dia KRW27,500; 5 days internet with 1GB data per day. Sadis².
2. Pickup Rental Car (OK-Jeju)
Turun je kat Jeju International Airport tu, korang pergi kat Gate 4, pastu pergi lintas jalan and masuk kanan. Ada satu bangunan tu, depan dia ada banyak parking lot. Kat situ ada shuttle bus untuk pickup kereta. Korang kena naik bus syarikat kereta sewa yang betul. Untuk OK-Jeju, pergi kat no 3 or 4. Dia akan hantar ke tempat pickup kereta sewa.
Yang ni pon procedure dia lebih kurang macam wifi rental. Kitorang book and bayar guna debit card, tapi upon pickup kena tunjuk credit card yang ada tulis nama kita. Since kes wifi tadi takleh nak pickup, kitorang jadi risau gila, takut forfeit macam wifi tu, tapi Alhamdulillah, time kitorang pickup tu, dorang tak request credit card pon. Alhamdulillah. Memang boleh sujud syukur time tu, kuasa Allah.
Time pickup tu, tangkap gambar and check betul² setiap inci badan kereta tu. Calar² ke, kemek² ke, semua sekali and bagitaw staff dia. Nanti dia bagitaw kat mana signal, camne nak buka lampu, wiper kat mana. Kalau korang ada request GPS, tanya dia camne nak guna. Eventhough dia cakap dia bagi English GPS, menu dia semua dalam Korea, suara je English. >.<" Staff dia akan tunjuk level minyak time korang pickup and dia akan inform yang korang kena pulangkan balik kereta dengan level minyak yang sama time korang ambil.
Duration untuk pickup ni, kira² dalam 10-15 minit. Tak lama pon. Dia ada sediakan mesin kopi and air, so sementara menunggu tu, boleh refreshkan diri dulu, takdela terasa sangat. :) Staff OK-Jeju pon sangat friendly and best! Don't worry, dia boleh faham basic english.
3. Refill Fuel
Dekat area company sewa kereta tu, banyak je stesen minyak. To be on the safe side, better korang isi je minyak penuh; untuk kes kitorang KRW42,000. Don't worry, bila korang hantar kereta tu balik nanti, dia akan refund balik duit minyak yang korang tak guna tu. Bagus kan? :D
4. Driving in Jeju
So far oke je drive kat Jeju, even dia punya lane terbalik. Korang akan get used to it. Speed limit dia vary daripada 30km/h sampai maximum 80km/h. Average dia 70km/h. Korang jangan terkejut, speed limit dia boleh daripada 60km/h tetiba jadi 20km/h. Dengan speed camera yang banyak, perghhh. Challenging juga. Boleh kata, setiap 500 meter, ada satu speed camera. :| Stress makcik.
Kalau korang lebih selesa pakai Waze, korang boleh guna Waze. Kat Jeju, Google Maps tak boleh guna. Tak sure pula kenapa. Tapi so far, kitorang tukar². Kadang² guna GPS, kadang² guna Waze. Depends kitorang nak pergi kat mana. Hehe!
Owh, another important thing, if korang nak ke kanan, pergi je ke kanan kalau tade kereta. And only masuk kiri, kalau lampu ke kiri menyala. Kat Jeju, dorang lain sikit. If korang da bagi signal, terus belok. Tak yah nak tunggu beberapa saat, konon² nak inform driver kat belkang. Nanti kena hon ngan dorang. Anyway, some advise for you guys, please try not to break the rules, kang tak pepasal, kena bayar sama. Kita kan datang nak enjoy². :)
And jangan risau if korang da ikut speed limit, tapi kamera tu tetiba flash red light. Dia just detect kelajuan kereta. :) So, don't overthink about it like i did.
5. Drop Rental Car (OK-Jeju)
Make sure korang hantar tepat pada masa yang korang janji. Pergi balik kat tempat korang ambil kereta tu and bagi kunci kat staff dia. Staff dia akan check level minyak korang. Macam kes kitorang, kitorang ada lebih minyak compare dengan memula time kitorang ambil, so dia refund balik duit tu. Alhamdulillah. Dapat banyak juga, KRW12,000.
Pasal scratch ke, ape ke, dorang tak check pula. Maybe sebab insurance yang kitorang beli tu da cover sekali kot in case ada pape scratch or kerosakan kat body kereta. Entahla, kitorang terima je sebab kitorang memang jaga betul² kereta tu. Amanah tu.
6. T-Money
Korang boleh beli T-money kat convenience store or daripada ticket machine. Kalau tak silap, harga kad tu KRW2,500 sekeping.
Since kitorang still ada kad T-money, kitorang just guna balik je kad yang sama untuk reload. Kita boleh dapat discount if guna T-money compare dengan bayar cash. And korang boleh beli barang kat convenience store guna T-money je. Kira macam touch n go kat Malaysia.
Korang boleh topup/recharge kad tu kat convenience store or machine yang ada kat subway/metro station. Amount paling kurang untuk sekali topup, KRW5,000.
7. Busan Metro One Day Pass
Harga one day pass ni, KRW5,000 sorang. Korang boleh beli kat ticket machine kat subway/metro station. Kalau korang beli pass ni, korang boleh ambil unlimited ride; tak kisah berapa banyak kali korang nak naik turun pon boleh. Agak untungla if korang nak pergi tourist attraction yang memang dekat ngan subway/metro station.
Korang boleh naik semua line subway/metro kecuali KTX and Light Rail. :)
8. Tourist Attraction @Jeju
This time kitorang plan untuk travel dengan lebih relax, so kitorang ada skip few tempat and pilih certain² tempat je, especially UNESCO World Heritage.
Hallim Park
- Entrance fee: KRW11,000/pax
- Phone number for GPS: 7960001
- Business hour: 8:30 AM - 7 PM
- Memang mahal dia punya entrance fee, tapi okela kot since ada banyak tempat yang boleh pergi kat dalam tu. Ala² macam Taman Botani kita kat Malaysia.
- If korang looking for tempat untuk tangkap gambar yang cantik², worth it la kot untuk masuk. Unfortunately, time kitorang datang, hujan lebat gila. Da la tak bawak payung or baju hujan. Sebab tu penting untuk check weather forecast. T.T
- Specialty tempat ni, dia ada taman bonsai, pokok kaktus, ada binatang² exotic (macam ular, buaya, iguana, etc²), pokok sawit, taman batu (ala yang batu² stack jadi bentuk manusia tu), etc.
- Dia ada cave juga. Tapi be careful sikit sebab dalam tu slippery sikit and sejuk. If korang nak masuk dalam cave ni, make sure pakai sweater tu, then kat luar pakai baju hujan. Dalam gua tu pon ada air menitik². >.<"
Yongmeori Beach/Coast
- Entrance fee: KRW1,000/pax
- Phone number for GPS: 7942940
- Business hour: 8 AM - 6:30 PM
- Trail difficulty: Low.
- Korang parking kat tempat public parking taw, sebab dia ada private ngan public parking. Yang private tu kena bayar. Tapi just take note that dorang suka double park. Kitorang kena block ngan kereta orang lain. Nasib baik ada auntie tu tolong telefon orang tu suruh alihkan kereta.
- Time kitorang datang tu, dia tutup sebab malam sebelum tu hujan and air pasang. Tapi kitorang teruskan merayap kat area² situ.
- Dia dekat sangat ngan Mount Sanbangsan, Hamel Monument & de Sperwer (replica kapal). Korang boleh travel by foot je.
- Hamel Monument & de Sperwer tu free of charge.
- Yang ni korang tade masalah sangat kot time turun, sebab landai je, kecuali kalau korang turun ikut tangga. Time naik tu, kitorang naik tangga, sebab tak bestla kalau lalu tempat yang sama kan? Lagipun kitorang ingat tangga tu tembus sampai peak Mount Sanbangsan terus. Hahahaha. Rupa²nya tembus kat jalan yang kitorang turun tu, cuma dia kedepan sikit je. Sadis.
Mount Sanbangsan
- Entrance fee: KRW1,000/pax
- Phone number for GPS: 7942940 (same as above)
- Trail difficulty: Low-medium.
- Daripada entrance tu, memang korang akan nampak banyak temple kiri kanan untuk daki naik Mount Sanbangsan tu.
- Yang ni, kitorang kena naik tangga. Memang tinggi dan curam. Tapi da alang² sampai, kitorang gagahkan je diri ni naik, mana tahu dapat view yang cantik kan?
- Sampai one point, korang akan jumpa counter ticket untuk naik. Time tu, kitorang beli pastu terus naik. Takde fikir apa dah. Tapi sadis, naik je kat atas tu, atas sekali, tak nampak pemandangan pon sebab berkabus. And ada temple, takde macam peak yang ada panoramic view t. Hahahahaha. Cuba bayangkan, naik penat² bayar KRW1,000 untuk pergi temple. Sadis x 2.
- Conclusion, kitorang tak rasa worth it pon. Penat gila kaki tapi pemandangan tade, kabus² jumpa temple.
Mount Hallasan
- Parking fee: KRW1,000/car
- Phone number for GPS: 7139950 (Eorimok)
- Trail difficulty: Medium.
- UNESCO World Heritage.
- Kitorang ambil trail yang paling pendek nak naik ke puncak (1.3km - 5 checkpoints). Tak larat nak memanjat dengan sangat gigih dah. Kaki dah jelly. >.<" Itu pon da tak tahu berapa kali berhenti. Padahal da paling pendek da tu.
- If korang nak challenge diri sendiri, korang boleh pilih another entrance, so, distance dia lebih jauh. Paling jauh 9.6km. Hoho! :O
- On the way kitorang panjat ke atas tu, tetiba ada rusa lintas depan kitorang. Terkejut tu jangan cakap. Takut kena langgar je. >.<"
- Time kitorang sampai kat atas tu, memang berkabus. Kadang² tu, sempat tangkap gambar clear jap, pastu berkabus balik. Tapi memang awesome view dia.
Cheonjeyeon Falls
- Entrance fee: KRW2,500/pax
- Phone number for GPS: 7606331
- Trail difficulty: Low-medium.
- Cheonjeyeon ni ada 3 air terjun. Setiap air terjun tu, korang kena turun naik tangga lagi.
- Trail dia agak slippery, so kena take extra precaution.
- Dia ada bridge juga, cantik untuk tangkap gambar.
Daepo Jusangjeolli Cliff
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Parking fee: KRW500/car
- Phone number for GPS: 7381521
- Trail difficulty: Low.
- Tempat ni famous sebab dia punya bentuk batu² tu hexagon yang semula jadi. Time kitorang datang tu, korang kena turun naik tangga lagi untuk pergi ke observatory deck.
- Ada orang tanya kitorang, whether boleh turun ke bawah ke tak, but time tu, as far as we concern, memang tak leh turun bawah, maybe sebab bad weather or pape. Tapi jalan untuk turun tu pon kitorang tak nampak. Huhuhu.
Seongsan Ilchulbong
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Phone number for GPS: 7830959
- Trail difficulty: High.
- UNESCO World Heritage.
- Serius tempat ni cantik gila! Kalau daripada gambar² dalam internet tu, bentuk dia macam crown; berlekuk kat tengah.
- Tapi nak sampai ke atas tu, perghhh! Memang boleh menggigil lutut. Da la curam, tinggi pula tu. Serius rasa nak nangis. Tapi still kuatkan semangat. Rugi la kan, da naik separuh, takkan nak patah balik. Betul tak?
- Sampai kat atas tu, memang boleh tengok view sekeliling tu. MasyaAllah, memang cantik.
- Time nak turun tu, korang still kena hati² sebab dia still curam and tinggi, but da kurang sikit penat tu.
Seopjikoji
- Parking fee: KRW1,000/car
- Phone number for GPS: 7604251 or 7328027
- Trail difficulty: Low.
- Yang ni famous dengan lighthouse dia. Dorang cakap kat sini selalu buat pengambaran.
- Kat sini korang just jalan² je, kecuali kalau korang nak pergi lighthouse tu, then only korang kena panjat tangga. >.<"
- Daripada sini, korang boleh dapat view Seongsan Ilchulbong daripada jauh. Serius, cantik gila!
Manjanggul Cave
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Phone number for GPS: 7834818
- Trail difficulty: Low.
- UNESCO World Heritage.
- Yang ni korang takde panjat memanjat except time nak masuk and keluar daripada gua tu je.
- Since dalam gua ni sejuk and licin/basah, korang pakai siap² jaket/sweater ngan raincoat sebelum masuk.
- Time jalan dalam gua tu, just hati² sebab ada banyak lopak² air. If korang sayang kasut korang, try to step on the dry side of the stone. Kang tak pepasal, kasut ngan stokin bau busuk.
- Gua ni a bit gelap eventhough dorang ada letak lampu² sikit tepi² tu.
9. Tourist Attraction @Busan
Busan terkenal ngan seafood and village dia yang dibangunkan sekeliling bukit. So, kitorang try cover market² and tourist attraction dorang. Kat sini, lebih lively compare ngan Jeju sebab dia bandar and public transport dia lebih efficient.
Jagalchi Market
- Business hour: 5AM - 10PM
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 10.
- Famous for: Korean largest seafood market.
- Dia ada jual fresh seafood; squid, fish, tuna, eel, etc. Semua hidup je lagi dalam besen. Fresh².
- Kat market² tepi jalan tu, ada kedai² yang jual makanan seafood. Dorang ada sediakan english menu.
- Opposite gate yang tulis Jagalchi Market tu seberang jalan, BIFF Square.
Gukje Market
- Business hour: 7AM - 8PM
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 7.
- Famous for: One of Korean largest market.
- Kat sini jual macam²; souvenirs, cadar, selimut, hardware, baju, barang² basah, buah²an, seafood, etc.
- Dia bersambung² ngan market lain; Bupyeong Market ngan Kkangtong Market, etc. Sampai korang takleh nak beza. Sebab memang continuous je. Hoho!
BIFF Square
- Business hour: 24 hours (But time goes by, he slowly² close when at 10PM)
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 7.
- Kat sini ada banyak street food, baju, seluar, stokin and kedai² yang jual barang² branded. Makanan halal pon banyak kat sini.
Yongdusan Park
- Business hour: 24 hours
- Direction: Nampo Station (Line 1), Exit 1.
- Trail difficulty: Low.
- Famous for: Admiral statue, Busan Tower, love lock, etc.
- Actually, ada entrance nak pergi ke Yongdusan Park ni daripada BIFF Square. So, tak payah naik subway. Boleh jalan kaki je.
Nampodong Street
- Business hour: 24 hours (Time kitorang pergi dalam pukul 10PM, dia da tutup)
- Direction: Nampo Station (Line 1).
- Sebenarnya street ni connected dengan BIFF Square. Pon within walking distance. Tak boleh nak beza sebab dia terus bersambung. :) Nampo ngan Jagalchi station tu dekat² je.
Taejongdae Park
- Danubi Train fee: KRW3,000/pax
- Business hour: 4AM - 12AM
- Direction: Nampo Station (Line 1), Exit 6. Find 2nd nearest bus stop. Take bus no 8, 88, or 30 until last stop.
- Trail difficulty: Medium.
- Famous for rocky beach.
- Tempat ni serius cantik gila! Owh, tempat ni besar sebenarnya, kena naik bukit pula tu. So, better kalau korang ambil Danubi Train which cost KRW3,000 sorang. Kalau korang nak jalan kaki pon boleh, takde masalah, boleh jimat kat situ. Cuma kitorang da tak larat nak pusing² daki² bukit ni. Kaki da jelly. Hahahahaha.
- Untuk tengok and tangkap gambar lighthouse tu, korang kena turun tangga yang MasyaAllah, tinggi dan curam. Lagi² kalau korang nak turun sampai beach dia. Memang boleh menguji kesabaran sungguh. Tapi worth it la. Kat area beach dia tu, ada kedai makanan yang jual raw food. Kalau korang memang minat sashimi, bolehla cuba. :)
Gamcheon Culture Village
- Business hour: 9AM - 6PM
- Direction: Toseong Station (Line 1), Exit 6. Take bus no 2 or 2-2 to Gamcheon Elementary School.
- Trail difficulty: Medium-high.
- Famous for: Colorful and artful village of Busan.
- Perghhh. Ni pon gorgeous and colorful crazy. Kebetulan pula time kitorang pergi tu, ada festival. Memang meriah!
- Kitorang dapat botol percuma juga sebab jawab survey.
- Banyak sangat mural² and art yang ada kat kampung ni. Just bear in mind, nak explore kampung ni, kena gigih sangat², sebab kena panjat turun tangga, jalan mendaki bukit semua.
Haeundae Beach
- Business hour: 9AM - 6PM
- Direction: Haeundae Station (Line 2), Exit 5 or 7.
- Famous for: White sandy beach.
- Dia macam Dataran Shahbandar kat Kuala Terengganu. Beza dia, dia takde pokok² nak berteduh.
- Kat sini, saya suggest korang untuk pakai sunblock. Sebab time kitorang balik, memang da sunburn, berbelang muka.
- Dekat area sini, ada SeaLife, macam Aquaria kita kat Malaysia and ada market yang jual fish cake, dumpling, kedai² makan. Ada juga kedai makanan halal kat sini.
Masjid Al-Fatah
- Business hour: 24 hours
- Direction: Dusil Station (Line 1), Exit to 8.
- Also known as Islamic Centre kat Busan. Ada a few halal restaurant kat area masjid.
- Tandas kat masjid ni ada hos air. Yeay! : D
10. Halal Food @ jeju
Kitorang ada google and buat research untuk makanan halal kat Jeju, tapi kitorang just sempat pergi kat Uribong Sikdang je. Takde rezeki nak pergi Mulmaegol sebab time kitorang sampai tu, which is hari Isnin, dia tutup. Huhuhuhuhu.
Uribong Sikdang
- Business hour: 8AM - 9PM
- Phone number for GPS: 7820032
- Price: > KRW15,000.
- Specialty: Seafood stew.
- Location dia dekat je dengan Seongsan Ilchulbong. Lepas turun tu, korang boleh terus pergi makan kat sini.
- Perghhh! Portion dia memang terbaik. Memang generous gila bagi seafood; abalone, lobster, clamp, scallop, ikan, etc. Side dish semua boleh refill, unlimited.
- Dia sedap je kalau korang suka rasa laut. Memang rasa and bau masin laut tu. Ha.
- Kitorang order banyak² tu, kongsi 4 orang. Kitorang order set seafood stew ngan grilled mackerel kalau tak silap. Total harga dia KRW115,000. Memang berbaloi la. Kenyang gila. Memang boleh terjeluak.
- Service dorang bagus. Eventhough dorang tak faham english, korang boleh tunjuk² je kat menu tu, korang nak makan apa. Don't worry, menu tu ada english kat bawah bahasa korea.
- Rating: 4.5/5.
Mulmaegol
- Business hour: 10AM - 7PM
- Phone number for GPS: 7135486
- Price: > KRW7,000
- Specialty: Lotus leaf rice (Vegetarian).
- Yang ni tak sempat nak try. Takde rezeki, time kitorang sampai, dia tutup.
11. Halal Food @Busan
Kat Busan iagak senang nak cari makanan halal, tinggal korang rajin nak berjalan ke situ ke tak je. Macam kitorang, nak makan je, terus beli. Bila lagi nak rasa kan? :)
New Little India @BIFF Square
- Price: > KRW15,000.
- Kat BIFF pon dia ada dua branch. Satu, betul² depan gate BIFF tu.
- Untuk set yang kitorang nak order tu, kena minimum dua order. Sadis. Baru ingat nak share.
- Kitorang order set yang harga dia KRW15,000 sorang. Dapat roti nan, ayam tandoori, 2 jenis kari ngan salad.
- Bagi saya, makanan dia biasa² je. Maybe sebab saya pernah makan yang lagi sedap. :P
- Rating: 3/5.
Kebab @BIFF Square
- Price: KRW4,000.
- Ada dua kedai kebab. Korang boleh pilih mana² yang korang suka; sebab lagi satu tu ada daging ngan kambing je. :)
- Kebab ni tahan, boleh simpan untuk breakfast esok tu. Hoho!
- Rating: 4/5.
Punjab Indian @Haeundae
- Price: Not sure.
- Yang ni kitorang nampak otw kitorang nak pergi Haeundae Beach. Memang betul² kat main street.
Bombay Indian @BIFF Square
- Price: Not sure.
- Kitorang jumpa time tengah jalan² kat BIFF Square.
Cappadocia Turkish Kebab @Dusil
- Business hour: 11:30AM - 10PM
- Price: > KRW11,000.
- Yang ni, owned by Korean. But dorang provide makanan turki. Overall, memang sedap. Tempat pon selesa.
- Area dekat ngan Masjid Al Fatah.
- Rating: 5/5.
Morocco Casablanca Halal Restaurant @Dusil
- Price: Not sure.
- Memang betul² sebelah Masjid Al Fatah. Kitorang tak try pon sebab baru je lepas makan kat Cappadocia.
Ice-cream @BIFF Square
- Price: KRW2,000.
- Nama kedai dia 32 Parfait. Yang ni memang boleh bagi 5 bintang! Da la murah, banyak/tinggi pula tu, memang boleh kongsi untuk 2, 3 orang. Memang sedap. Kitorang beli 2 kali kat sini; satu tu mixed (chocolate + vanilla), second one tu kitorang ambil plus (mango + yogurt).
- Highly recommended.
- Rating: 5/5.
12. Prayer Space @Busan
Since rumah kitorang dekat je, kitorang just balik je solat kat rumah, lebih selesa. But if korang duduk jauh or malas nak balik rumah, korang boleh solat kat Crown Harbor Hotel.
Crown Harbor Hotel
- Direction: Jungang Station (Line 1), Exit 12. Next to Busan Fire Station.
- 27th Floor; nearby room 2710, on your right.
- Takde tempat wuduk; time ni la korang perlu guna botol spray tu.
- Takde arah qiblat; korang perlu ada internet untu cari or apps yang boleh act as compass. Hotel ni tak provide free wifi.
- Time kitorang pergi, prayer room ni da macam store. Dorang letak tilam² ngan bantal² hotel. >. <"
13. Extra tips
- If korang beli kimchi nak bawa balik Malaysia, kalau possible vakumkan kimchi tu. Adik saya beli kimchi and nak bawa balik Malaysia, but since makcik tu bungkus gitu² je dalam plastik, kitorang pon bungkus sendiri bila da sampai kat AirBnB. Da keluarkan semua possible udara yang ada, pastu balut ngan dua tiga kali lagi plastik kat luar. Tapi bila sampai kat Malaysia, time ambil beg tu, bau kimchi. Rupa²nya kimchi tu pecah. Cuba bayangkan, da balut 2, 3 kali pon still pecah. So, lesson learned, if korang ada beli kimchi or pape yang berair or senang pecah, minta sticker "fragile" daripada counter kat airport. InsyaAllah, dorang takdela campak² beg korang sebab da ada sticker tu. Another option is, korang pergi wrapkan je beg korang tu. Then, kita tawakkal. :)
- If korang tak pandai cakap korea, kalau makcik² or pakcik² tu cakap ngan korang, korang boleh reply cenggini "Naneun hangug-eul moleunda" or sebutan dia lebih camni "naneun haggul molla". Maksud dia, "saya tak tahu Korean". At least dorang tahu korang takleh cakap Korean.
- Other options kalau da terdesak sangat, korang boleh buka Google Translate, and pilih Korean -> English then click Conversation. Dia akan tolong convert apa korang and makcik² pakcik² tu cakap kepada Korean dan English. So, end up dua² party faham. Gitu. Awesome kan? : D
- Bookmark qibla finder website, senang untuk korang dapat arah qiblat. InsyaAllah lebih tepat. Yeay! :)
- Habiskan semua duit dalam T-money dengan beli makanan kat convenience store time nak balik Malaysia. Lagi² kalau tak order in-flight meal on the way balik.
WAKTU FLIGHT BALIK KE MALAYSIA DARIPADA GIMHAE INTERNATIONAL AIRPORT
1. Actually, Gimhae International Airport ni kecil je. And korang jangan terkejut, even untuk international flight, boarding time dia 30 min before departure.
2. So, korang ada masa lagi untuk berjalan². But just sampai awal sikit sebab korang nak kena check-in apa semua sekali ngan baggage drop; yela, kena beratur kat kaunter. Sebab takde self check-in counter kat sini untuk AirAsia.
3. Lepas korang da lepas imigresen semua, memang dekat je ngan gate untuk boarding tu. Jadi, tak perlu berkejar².
Anyway, happy mengira budjet & buat itinerary! :)
Notes:
If korang wonder how much kitorang spent untuk trip ni, korang boleh baca artikel ni; Total Cost untuk Backpack Travel (Busan & Jeju, South Korea) .
Busan View, South Korea |
Ramai orang excited gila nak pergi Jeju sebab pemandangan dia cantik, pastu banyak UNESCO World Heritage. Ada certain benda yang saya rasa orang overclaim, but maybe the way kitorang view benda tu lain². So again, it really depends on korang juga.
WHAT TO EXPECT
1. Make sure korang fit daripada segi stamina sebab kat Jeju ngan Busan, most of the time, is either korang kena naik tangga yang maha tinggi ngan curam, or korang kena mendaki. >. <"
2. Kalau rasa² nak bawa parents, maybe boleh fikirkan tempat bercuti yang lain kot. Sebab kitorang sendiri pon nak naik tu, dah mengah². Serius.
3. Kalau korang jenis yang gayat pun, maybe boleh jalan² kat tempat yang tak berapa nak tinggi. Tapi agak susah, sebab kat sini memang takleh nak lari daripada mendaki² ni. Da rasa macam hiking trip. Kaki sampai rasa cramp lepas bersukan tu. T.T
4. Makcik² ngan pakcik² kat sini peramah je, cuma dorang tak pandai cakap English. Pastikan korang at least equip dengan general and basic daily conversation punya word² tu.
5. Time Spring season, dia tak sejuk sangat. Korang pakai macam biasa² yang korang pakai kat Malaysia. Just add-on bring sweater or cardigan je; ala yang korang pakai sejuk² aircond tu. >.< Sebab kalau korang plan nak keluar malam², dia sejuk sikit. InsyaAllah, boleh je tahan tu. Longjohn semua apa jadah tu, tak payah pakai. Membazir je bawa.
6. Sila bawa korang punya sunscreen sekali. Eventhough kat Jeju ngan Busan tu tak sejuk tak panas, suhu optimum gitu, tapi matahari still ada. Boleh kena sunburn. Tahu² balik tengok cermin, eh?? Asal belang? : O
SEBELUM TRAVEL
1. Pocket Wifi (Optional)
If korang nak rent pocket wifi, korang boleh book online. Saya book kat Klook sebab dia offer yang paling murah.
2. Car Rental
Ramai orang Malaysian yang pilih nak drive untuk jalan² kat Jeju sebab senang, murah dan cepat. Ada je option lain, macam naik intercity bus, teksi, etc²; which depends kat korang. Kitorang choose untuk drive sendiri, sebab lebih flexible dan senang nak bergerak.
Kia Morning @OK-Jeju-Rent-A-Car |
Before korang boleh drive kat sana, korang kena apply untuk International Driving Permit (IDP) kat JPJ Malaysia. Harga dia RM150. Time korang nak apply tu, bawa 1 keping gambar passport (background color putih) dan salinan ic ngan driving license (pastikan lesen memandu tu valid at least setahun, kalau tak, pergi renew kejap). Sekejap je proses dia.
Kat South Korea, dia punya lane dia terbalik ngan kat Malaysia ni. Driver dia duduk belah kiri. Sebab tu korang kena apply International Driving Permit (IDP) ni. Dia valid untuk 1 tahun daripada tarikh apply.
3. Domestic Flight (Busan -> Jeju -> Busan)
Since kitorang ni terbeli tiket awal seminggu sebelum AirAsia buat promosi flight firect ke Jeju from KL tu, terpaksalah kitorang ni beli domestic flights nak ke Jeju pastu patah balik ke Busan.
Kitorang ikut tips yang dorang bagi dalam artikel ni; 8 Cara Beli Tiket Kapal Terbang Lebih Murah ke Pulau Jeju, Korea Selatan. Kitorang book tiket flight kat AirBusan and return trip harga dia KRW73,800.
4. Accommodation
Kitorang chooses untuk tidur tempat lain² kat Jeju sebab kitorang memang jalan² keliling pulau tu. So, macam membazir if kitorang book untuk tidur kat satu tempat je, nak kena patah balik. Rugi dah masa ngan minyak kat situ. Sampai kat Busan, since kitorang nak stay lama kat sana, nak basuh baju lagi, semua² tu, kitorang stay kat 1 tempat je.
Note: Dorang provide towel kecil je untuk mandi. Besar cam tuala sukan yang orang lap peluh tu. Kalau korang nak selesa, korang boleh bawa towel sendiri. :)
Jeju (AirBnB @JeffHouse2)
- RM106.39/satu malam; satu rumah.
- Selesa untuk 2 orang.
- Ada bilik tidur ngan bilik air.
- Takde tempat memasak; ada fridge, electric kettle ngan microwave.
- Host yang sangat awesome and friendly.
- Dapat famous Jeju orange (hallabong) 4 biji, host bagi.
- Dekat ngan Mount Sanbangsan & Yongmeori Coast.
Jeju (Booking @SunFlowerMinbak)
- KRW36,000/satu malam; satu bilik.
- Selesa untuk 2 orang.
- Private bathroom kat dalam bilik.
- Ada tempat memasak; common space, kena share ngan orang lain.
- Host yang friendly, macam pakcik².
- Kalau nak check-in, kena pergi convenience store kat sebelah; owner sama.
- Sangat² dekat ngan Seongsan Ilchulbong; 5 minutes walk.
Jeju (AirBnB @AngelaHouse2)
- RM105.13/satu malam; satu rumah.
- Selesa untuk 2 orang.
- Ada bilik tidur, bilik air ngan tempat memasak.
- Host yang responsive and thoughtful.
- Dapat korean melon ngan banana.
- Dekat ngan Dongmun Market/Dongmun Rotary.
- 20 minutes to Jeju International Airport by bus.
Busan (AirBnB @Bomi)
- RM470.68/tiga malam; satu rumah.
- Tingkat 2; kena naik tangga.
- Sangat² selesa untuk 2 orang.
- Macam rumah minimalis; simple, tapi lengkap ngan semua benda.
- Host yang sangat responsive and sangat accommodating.
- Accessible by public transport; turun kat main station macam Nampo Station.
- Kena naik tangga yang maha tinggi dan jalan yang macam mendaki sikit.
Updates:
If you'd like to have some discount while using Booking.com, you can use referral code "caab8990" to get 10% discount. But it applies to first time user only.
But if you choose to book your accommodation using AirBnB, you can use this referral link to get worth of RM120 travel credits. But again, it applies to first time user only.
5. Research/Itinerary
If tanya saya, saya suka buat itinerary dalam bentuk map. Susun semua tempat yang kita nak pergi, then buat range. So kita boleh dapat idea, mana tempat yang kita patut pergi sekali. Gitu. Hoho!
Summary untuk Itinerary Travel Busan & Jeju |
Itinerary/Map untuk Jeju |
Itinerary/Map untuk Busan |
TRANSFER DOMESTIC FLIGHT FROM BUSAN TO JEJU (RETURN)
1. Kalau korang sampai kat Gimhae International Airport, korang kena keluar ikut Gate 4, then pusing kanan, jalan 5 minit, sampai kat Gimhae Domestic Terminal.
2. Korang boleh self check-in kat counter. Senang je nak guna sebab ada menu dalam English.
3. Boarding time dia selalunya 15 min before departure untuk domestic flight. Don't worry, gate tu sangat² dekat ngan pintu masuk lepas check boarding pass. Tak macam kat KLIA2, nun jauh disana.
4. Daripada Jeju nak balik ke Busan, korang sampai je kat airport tu, cari Domestic Departure. Don't worry, senang je nak cari, ikut je signboard. Ni pon gate dia dekat je ngan pintu masuk lepas dia check boarding pass.
SEMASA TRAVEL
1. Pickup Wifi (Optional)
Sampai je kat airport, kita kena pickup wifi (if korang ada order). Tapi saya punya mistake, saya book and bayar guna debit card eventhough dia ada state kat situ, upon pickup kena provide credit card atas nama saya.
Time booking, everything oke je, sebab selalunya saya guna debit card untuk buat transaction. Dia da deduct duit da pon, so, ingatkan semua oke. Tapi time nak pickup kat airport, dia cakap, tak boleh ambil sebab tak de credit card. Kitorang da macam, what?? Nak kejar domestic flight ke Jeju lagi, panik gila. Orang yang jaga counter tu pula boleh faham basic english je. So, nak tak nak, redha je la. Bila kitorang da dapat internet, terus hantar emel kat support dorang and state the problem and request for refund. Tahu dah, salah saya pon, tapi Alhamdulillah semua oke.
So, lesson learned, jangan sesuka hati je nak guna debit card if dia da state kena guna credit card. If korang tak sure, maybe boleh confirmkan dengan telefon support line dorang.
Since kitorang memang sangat² perlukan internet on the go, kitorang pon gigihla pergi beli simcard kat Jeju International Airport, harga dia KRW27,500; 5 days internet with 1GB data per day. Sadis².
2. Pickup Rental Car (OK-Jeju)
Turun je kat Jeju International Airport tu, korang pergi kat Gate 4, pastu pergi lintas jalan and masuk kanan. Ada satu bangunan tu, depan dia ada banyak parking lot. Kat situ ada shuttle bus untuk pickup kereta. Korang kena naik bus syarikat kereta sewa yang betul. Untuk OK-Jeju, pergi kat no 3 or 4. Dia akan hantar ke tempat pickup kereta sewa.
Yang ni pon procedure dia lebih kurang macam wifi rental. Kitorang book and bayar guna debit card, tapi upon pickup kena tunjuk credit card yang ada tulis nama kita. Since kes wifi tadi takleh nak pickup, kitorang jadi risau gila, takut forfeit macam wifi tu, tapi Alhamdulillah, time kitorang pickup tu, dorang tak request credit card pon. Alhamdulillah. Memang boleh sujud syukur time tu, kuasa Allah.
Time pickup tu, tangkap gambar and check betul² setiap inci badan kereta tu. Calar² ke, kemek² ke, semua sekali and bagitaw staff dia. Nanti dia bagitaw kat mana signal, camne nak buka lampu, wiper kat mana. Kalau korang ada request GPS, tanya dia camne nak guna. Eventhough dia cakap dia bagi English GPS, menu dia semua dalam Korea, suara je English. >.<" Staff dia akan tunjuk level minyak time korang pickup and dia akan inform yang korang kena pulangkan balik kereta dengan level minyak yang sama time korang ambil.
Duration untuk pickup ni, kira² dalam 10-15 minit. Tak lama pon. Dia ada sediakan mesin kopi and air, so sementara menunggu tu, boleh refreshkan diri dulu, takdela terasa sangat. :) Staff OK-Jeju pon sangat friendly and best! Don't worry, dia boleh faham basic english.
3. Refill Fuel
Dekat area company sewa kereta tu, banyak je stesen minyak. To be on the safe side, better korang isi je minyak penuh; untuk kes kitorang KRW42,000. Don't worry, bila korang hantar kereta tu balik nanti, dia akan refund balik duit minyak yang korang tak guna tu. Bagus kan? :D
4. Driving in Jeju
So far oke je drive kat Jeju, even dia punya lane terbalik. Korang akan get used to it. Speed limit dia vary daripada 30km/h sampai maximum 80km/h. Average dia 70km/h. Korang jangan terkejut, speed limit dia boleh daripada 60km/h tetiba jadi 20km/h. Dengan speed camera yang banyak, perghhh. Challenging juga. Boleh kata, setiap 500 meter, ada satu speed camera. :| Stress makcik.
Kalau korang lebih selesa pakai Waze, korang boleh guna Waze. Kat Jeju, Google Maps tak boleh guna. Tak sure pula kenapa. Tapi so far, kitorang tukar². Kadang² guna GPS, kadang² guna Waze. Depends kitorang nak pergi kat mana. Hehe!
Owh, another important thing, if korang nak ke kanan, pergi je ke kanan kalau tade kereta. And only masuk kiri, kalau lampu ke kiri menyala. Kat Jeju, dorang lain sikit. If korang da bagi signal, terus belok. Tak yah nak tunggu beberapa saat, konon² nak inform driver kat belkang. Nanti kena hon ngan dorang. Anyway, some advise for you guys, please try not to break the rules, kang tak pepasal, kena bayar sama. Kita kan datang nak enjoy². :)
And jangan risau if korang da ikut speed limit, tapi kamera tu tetiba flash red light. Dia just detect kelajuan kereta. :) So, don't overthink about it like i did.
5. Drop Rental Car (OK-Jeju)
Make sure korang hantar tepat pada masa yang korang janji. Pergi balik kat tempat korang ambil kereta tu and bagi kunci kat staff dia. Staff dia akan check level minyak korang. Macam kes kitorang, kitorang ada lebih minyak compare dengan memula time kitorang ambil, so dia refund balik duit tu. Alhamdulillah. Dapat banyak juga, KRW12,000.
Pasal scratch ke, ape ke, dorang tak check pula. Maybe sebab insurance yang kitorang beli tu da cover sekali kot in case ada pape scratch or kerosakan kat body kereta. Entahla, kitorang terima je sebab kitorang memang jaga betul² kereta tu. Amanah tu.
6. T-Money
Korang boleh beli T-money kat convenience store or daripada ticket machine. Kalau tak silap, harga kad tu KRW2,500 sekeping.
Since kitorang still ada kad T-money, kitorang just guna balik je kad yang sama untuk reload. Kita boleh dapat discount if guna T-money compare dengan bayar cash. And korang boleh beli barang kat convenience store guna T-money je. Kira macam touch n go kat Malaysia.
Korang boleh topup/recharge kad tu kat convenience store or machine yang ada kat subway/metro station. Amount paling kurang untuk sekali topup, KRW5,000.
7. Busan Metro One Day Pass
Harga one day pass ni, KRW5,000 sorang. Korang boleh beli kat ticket machine kat subway/metro station. Kalau korang beli pass ni, korang boleh ambil unlimited ride; tak kisah berapa banyak kali korang nak naik turun pon boleh. Agak untungla if korang nak pergi tourist attraction yang memang dekat ngan subway/metro station.
Korang boleh naik semua line subway/metro kecuali KTX and Light Rail. :)
Busan Subway/Metro Map |
8. Tourist Attraction @Jeju
This time kitorang plan untuk travel dengan lebih relax, so kitorang ada skip few tempat and pilih certain² tempat je, especially UNESCO World Heritage.
Hallim Park, Jeju |
- Entrance fee: KRW11,000/pax
- Phone number for GPS: 7960001
- Business hour: 8:30 AM - 7 PM
- Memang mahal dia punya entrance fee, tapi okela kot since ada banyak tempat yang boleh pergi kat dalam tu. Ala² macam Taman Botani kita kat Malaysia.
- If korang looking for tempat untuk tangkap gambar yang cantik², worth it la kot untuk masuk. Unfortunately, time kitorang datang, hujan lebat gila. Da la tak bawak payung or baju hujan. Sebab tu penting untuk check weather forecast. T.T
- Specialty tempat ni, dia ada taman bonsai, pokok kaktus, ada binatang² exotic (macam ular, buaya, iguana, etc²), pokok sawit, taman batu (ala yang batu² stack jadi bentuk manusia tu), etc.
- Dia ada cave juga. Tapi be careful sikit sebab dalam tu slippery sikit and sejuk. If korang nak masuk dalam cave ni, make sure pakai sweater tu, then kat luar pakai baju hujan. Dalam gua tu pon ada air menitik². >.<"
Yongmeori Beach/Coast, Jeju |
- Entrance fee: KRW1,000/pax
- Phone number for GPS: 7942940
- Business hour: 8 AM - 6:30 PM
- Trail difficulty: Low.
- Korang parking kat tempat public parking taw, sebab dia ada private ngan public parking. Yang private tu kena bayar. Tapi just take note that dorang suka double park. Kitorang kena block ngan kereta orang lain. Nasib baik ada auntie tu tolong telefon orang tu suruh alihkan kereta.
- Time kitorang datang tu, dia tutup sebab malam sebelum tu hujan and air pasang. Tapi kitorang teruskan merayap kat area² situ.
- Dia dekat sangat ngan Mount Sanbangsan, Hamel Monument & de Sperwer (replica kapal). Korang boleh travel by foot je.
- Hamel Monument & de Sperwer tu free of charge.
- Yang ni korang tade masalah sangat kot time turun, sebab landai je, kecuali kalau korang turun ikut tangga. Time naik tu, kitorang naik tangga, sebab tak bestla kalau lalu tempat yang sama kan? Lagipun kitorang ingat tangga tu tembus sampai peak Mount Sanbangsan terus. Hahahaha. Rupa²nya tembus kat jalan yang kitorang turun tu, cuma dia kedepan sikit je. Sadis.
Mount Sanbangsan, Jeju |
- Entrance fee: KRW1,000/pax
- Phone number for GPS: 7942940 (same as above)
- Trail difficulty: Low-medium.
- Daripada entrance tu, memang korang akan nampak banyak temple kiri kanan untuk daki naik Mount Sanbangsan tu.
- Yang ni, kitorang kena naik tangga. Memang tinggi dan curam. Tapi da alang² sampai, kitorang gagahkan je diri ni naik, mana tahu dapat view yang cantik kan?
- Sampai one point, korang akan jumpa counter ticket untuk naik. Time tu, kitorang beli pastu terus naik. Takde fikir apa dah. Tapi sadis, naik je kat atas tu, atas sekali, tak nampak pemandangan pon sebab berkabus. And ada temple, takde macam peak yang ada panoramic view t. Hahahahaha. Cuba bayangkan, naik penat² bayar KRW1,000 untuk pergi temple. Sadis x 2.
- Conclusion, kitorang tak rasa worth it pon. Penat gila kaki tapi pemandangan tade, kabus² jumpa temple.
Mount Hallasan, Jeju |
- Parking fee: KRW1,000/car
- Phone number for GPS: 7139950 (Eorimok)
- Trail difficulty: Medium.
- UNESCO World Heritage.
- Kitorang ambil trail yang paling pendek nak naik ke puncak (1.3km - 5 checkpoints). Tak larat nak memanjat dengan sangat gigih dah. Kaki dah jelly. >.<" Itu pon da tak tahu berapa kali berhenti. Padahal da paling pendek da tu.
- If korang nak challenge diri sendiri, korang boleh pilih another entrance, so, distance dia lebih jauh. Paling jauh 9.6km. Hoho! :O
- On the way kitorang panjat ke atas tu, tetiba ada rusa lintas depan kitorang. Terkejut tu jangan cakap. Takut kena langgar je. >.<"
- Time kitorang sampai kat atas tu, memang berkabus. Kadang² tu, sempat tangkap gambar clear jap, pastu berkabus balik. Tapi memang awesome view dia.
Cheonjeyeon Falls, Jeju |
- Entrance fee: KRW2,500/pax
- Phone number for GPS: 7606331
- Trail difficulty: Low-medium.
- Cheonjeyeon ni ada 3 air terjun. Setiap air terjun tu, korang kena turun naik tangga lagi.
- Trail dia agak slippery, so kena take extra precaution.
- Dia ada bridge juga, cantik untuk tangkap gambar.
Daepo Jusangjeolli Cliff, Jeju |
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Parking fee: KRW500/car
- Phone number for GPS: 7381521
- Trail difficulty: Low.
- Tempat ni famous sebab dia punya bentuk batu² tu hexagon yang semula jadi. Time kitorang datang tu, korang kena turun naik tangga lagi untuk pergi ke observatory deck.
- Ada orang tanya kitorang, whether boleh turun ke bawah ke tak, but time tu, as far as we concern, memang tak leh turun bawah, maybe sebab bad weather or pape. Tapi jalan untuk turun tu pon kitorang tak nampak. Huhuhu.
Seongsan Ilchulbong, Jeju |
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Phone number for GPS: 7830959
- Trail difficulty: High.
- UNESCO World Heritage.
- Serius tempat ni cantik gila! Kalau daripada gambar² dalam internet tu, bentuk dia macam crown; berlekuk kat tengah.
- Tapi nak sampai ke atas tu, perghhh! Memang boleh menggigil lutut. Da la curam, tinggi pula tu. Serius rasa nak nangis. Tapi still kuatkan semangat. Rugi la kan, da naik separuh, takkan nak patah balik. Betul tak?
- Sampai kat atas tu, memang boleh tengok view sekeliling tu. MasyaAllah, memang cantik.
- Time nak turun tu, korang still kena hati² sebab dia still curam and tinggi, but da kurang sikit penat tu.
Seopjikoji, Jeju |
- Parking fee: KRW1,000/car
- Phone number for GPS: 7604251 or 7328027
- Trail difficulty: Low.
- Yang ni famous dengan lighthouse dia. Dorang cakap kat sini selalu buat pengambaran.
- Kat sini korang just jalan² je, kecuali kalau korang nak pergi lighthouse tu, then only korang kena panjat tangga. >.<"
- Daripada sini, korang boleh dapat view Seongsan Ilchulbong daripada jauh. Serius, cantik gila!
Manjanggul Cave, Jeju |
- Entrance fee: KRW2,000/pax
- Phone number for GPS: 7834818
- Trail difficulty: Low.
- UNESCO World Heritage.
- Yang ni korang takde panjat memanjat except time nak masuk and keluar daripada gua tu je.
- Since dalam gua ni sejuk and licin/basah, korang pakai siap² jaket/sweater ngan raincoat sebelum masuk.
- Time jalan dalam gua tu, just hati² sebab ada banyak lopak² air. If korang sayang kasut korang, try to step on the dry side of the stone. Kang tak pepasal, kasut ngan stokin bau busuk.
- Gua ni a bit gelap eventhough dorang ada letak lampu² sikit tepi² tu.
9. Tourist Attraction @Busan
Busan terkenal ngan seafood and village dia yang dibangunkan sekeliling bukit. So, kitorang try cover market² and tourist attraction dorang. Kat sini, lebih lively compare ngan Jeju sebab dia bandar and public transport dia lebih efficient.
Jagalchi Market, Busan |
- Business hour: 5AM - 10PM
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 10.
- Famous for: Korean largest seafood market.
- Dia ada jual fresh seafood; squid, fish, tuna, eel, etc. Semua hidup je lagi dalam besen. Fresh².
- Kat market² tepi jalan tu, ada kedai² yang jual makanan seafood. Dorang ada sediakan english menu.
- Opposite gate yang tulis Jagalchi Market tu seberang jalan, BIFF Square.
Gukje Market, Busan |
- Business hour: 7AM - 8PM
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 7.
- Famous for: One of Korean largest market.
- Kat sini jual macam²; souvenirs, cadar, selimut, hardware, baju, barang² basah, buah²an, seafood, etc.
- Dia bersambung² ngan market lain; Bupyeong Market ngan Kkangtong Market, etc. Sampai korang takleh nak beza. Sebab memang continuous je. Hoho!
BIFF Square, Busan |
- Business hour: 24 hours (But time goes by, he slowly² close when at 10PM)
- Direction: Jagalchi Station (Line 1), Exit 7.
- Kat sini ada banyak street food, baju, seluar, stokin and kedai² yang jual barang² branded. Makanan halal pon banyak kat sini.
Yongdusan Park, Busan |
- Business hour: 24 hours
- Direction: Nampo Station (Line 1), Exit 1.
- Trail difficulty: Low.
- Famous for: Admiral statue, Busan Tower, love lock, etc.
- Actually, ada entrance nak pergi ke Yongdusan Park ni daripada BIFF Square. So, tak payah naik subway. Boleh jalan kaki je.
Nampodong Street
- Business hour: 24 hours (Time kitorang pergi dalam pukul 10PM, dia da tutup)
- Direction: Nampo Station (Line 1).
- Sebenarnya street ni connected dengan BIFF Square. Pon within walking distance. Tak boleh nak beza sebab dia terus bersambung. :) Nampo ngan Jagalchi station tu dekat² je.
Taejongdae Park, Busan |
- Danubi Train fee: KRW3,000/pax
- Business hour: 4AM - 12AM
- Direction: Nampo Station (Line 1), Exit 6. Find 2nd nearest bus stop. Take bus no 8, 88, or 30 until last stop.
- Trail difficulty: Medium.
- Famous for rocky beach.
- Tempat ni serius cantik gila! Owh, tempat ni besar sebenarnya, kena naik bukit pula tu. So, better kalau korang ambil Danubi Train which cost KRW3,000 sorang. Kalau korang nak jalan kaki pon boleh, takde masalah, boleh jimat kat situ. Cuma kitorang da tak larat nak pusing² daki² bukit ni. Kaki da jelly. Hahahahaha.
- Untuk tengok and tangkap gambar lighthouse tu, korang kena turun tangga yang MasyaAllah, tinggi dan curam. Lagi² kalau korang nak turun sampai beach dia. Memang boleh menguji kesabaran sungguh. Tapi worth it la. Kat area beach dia tu, ada kedai makanan yang jual raw food. Kalau korang memang minat sashimi, bolehla cuba. :)
Gamcheon Culture Village, Busan |
- Business hour: 9AM - 6PM
- Direction: Toseong Station (Line 1), Exit 6. Take bus no 2 or 2-2 to Gamcheon Elementary School.
- Trail difficulty: Medium-high.
- Famous for: Colorful and artful village of Busan.
- Perghhh. Ni pon gorgeous and colorful crazy. Kebetulan pula time kitorang pergi tu, ada festival. Memang meriah!
- Kitorang dapat botol percuma juga sebab jawab survey.
- Banyak sangat mural² and art yang ada kat kampung ni. Just bear in mind, nak explore kampung ni, kena gigih sangat², sebab kena panjat turun tangga, jalan mendaki bukit semua.
Haeundae Beach, Busan |
Haeundae Market, Busan |
- Business hour: 9AM - 6PM
- Direction: Haeundae Station (Line 2), Exit 5 or 7.
- Famous for: White sandy beach.
- Dia macam Dataran Shahbandar kat Kuala Terengganu. Beza dia, dia takde pokok² nak berteduh.
- Kat sini, saya suggest korang untuk pakai sunblock. Sebab time kitorang balik, memang da sunburn, berbelang muka.
- Dekat area sini, ada SeaLife, macam Aquaria kita kat Malaysia and ada market yang jual fish cake, dumpling, kedai² makan. Ada juga kedai makanan halal kat sini.
Al-Fatah Mosque, Busan |
- Business hour: 24 hours
- Direction: Dusil Station (Line 1), Exit to 8.
- Also known as Islamic Centre kat Busan. Ada a few halal restaurant kat area masjid.
- Tandas kat masjid ni ada hos air. Yeay! : D
10. Halal Food @ jeju
Kitorang ada google and buat research untuk makanan halal kat Jeju, tapi kitorang just sempat pergi kat Uribong Sikdang je. Takde rezeki nak pergi Mulmaegol sebab time kitorang sampai tu, which is hari Isnin, dia tutup. Huhuhuhuhu.
Uribong Sikdang, Busan |
- Business hour: 8AM - 9PM
- Phone number for GPS: 7820032
- Price: > KRW15,000.
- Specialty: Seafood stew.
- Location dia dekat je dengan Seongsan Ilchulbong. Lepas turun tu, korang boleh terus pergi makan kat sini.
- Perghhh! Portion dia memang terbaik. Memang generous gila bagi seafood; abalone, lobster, clamp, scallop, ikan, etc. Side dish semua boleh refill, unlimited.
- Dia sedap je kalau korang suka rasa laut. Memang rasa and bau masin laut tu. Ha.
- Kitorang order banyak² tu, kongsi 4 orang. Kitorang order set seafood stew ngan grilled mackerel kalau tak silap. Total harga dia KRW115,000. Memang berbaloi la. Kenyang gila. Memang boleh terjeluak.
- Service dorang bagus. Eventhough dorang tak faham english, korang boleh tunjuk² je kat menu tu, korang nak makan apa. Don't worry, menu tu ada english kat bawah bahasa korea.
- Rating: 4.5/5.
Mulmaegol
- Business hour: 10AM - 7PM
- Phone number for GPS: 7135486
- Price: > KRW7,000
- Specialty: Lotus leaf rice (Vegetarian).
- Yang ni tak sempat nak try. Takde rezeki, time kitorang sampai, dia tutup.
11. Halal Food @Busan
Kat Busan iagak senang nak cari makanan halal, tinggal korang rajin nak berjalan ke situ ke tak je. Macam kitorang, nak makan je, terus beli. Bila lagi nak rasa kan? :)
New Little India, Busan |
- Price: > KRW15,000.
- Kat BIFF pon dia ada dua branch. Satu, betul² depan gate BIFF tu.
- Untuk set yang kitorang nak order tu, kena minimum dua order. Sadis. Baru ingat nak share.
- Kitorang order set yang harga dia KRW15,000 sorang. Dapat roti nan, ayam tandoori, 2 jenis kari ngan salad.
- Bagi saya, makanan dia biasa² je. Maybe sebab saya pernah makan yang lagi sedap. :P
- Rating: 3/5.
Kebab @BIFF, Busan |
- Price: KRW4,000.
- Ada dua kedai kebab. Korang boleh pilih mana² yang korang suka; sebab lagi satu tu ada daging ngan kambing je. :)
- Kebab ni tahan, boleh simpan untuk breakfast esok tu. Hoho!
- Rating: 4/5.
Punjab India, Busan |
- Price: Not sure.
- Yang ni kitorang nampak otw kitorang nak pergi Haeundae Beach. Memang betul² kat main street.
Bombay India, Busan |
- Price: Not sure.
- Kitorang jumpa time tengah jalan² kat BIFF Square.
Cappadocia Turkish Kebab, Busan |
- Business hour: 11:30AM - 10PM
- Price: > KRW11,000.
- Yang ni, owned by Korean. But dorang provide makanan turki. Overall, memang sedap. Tempat pon selesa.
- Area dekat ngan Masjid Al Fatah.
- Rating: 5/5.
Morocco Casablanca Halal Restaurant, Busan |
- Price: Not sure.
- Memang betul² sebelah Masjid Al Fatah. Kitorang tak try pon sebab baru je lepas makan kat Cappadocia.
Ice-cream, Busan |
- Price: KRW2,000.
- Nama kedai dia 32 Parfait. Yang ni memang boleh bagi 5 bintang! Da la murah, banyak/tinggi pula tu, memang boleh kongsi untuk 2, 3 orang. Memang sedap. Kitorang beli 2 kali kat sini; satu tu mixed (chocolate + vanilla), second one tu kitorang ambil plus (mango + yogurt).
- Highly recommended.
- Rating: 5/5.
12. Prayer Space @Busan
Since rumah kitorang dekat je, kitorang just balik je solat kat rumah, lebih selesa. But if korang duduk jauh or malas nak balik rumah, korang boleh solat kat Crown Harbor Hotel.
Crown Harbor Hotel, Busan |
- Direction: Jungang Station (Line 1), Exit 12. Next to Busan Fire Station.
- 27th Floor; nearby room 2710, on your right.
- Takde tempat wuduk; time ni la korang perlu guna botol spray tu.
- Takde arah qiblat; korang perlu ada internet untu cari or apps yang boleh act as compass. Hotel ni tak provide free wifi.
- Time kitorang pergi, prayer room ni da macam store. Dorang letak tilam² ngan bantal² hotel. >. <"
13. Extra tips
- If korang beli kimchi nak bawa balik Malaysia, kalau possible vakumkan kimchi tu. Adik saya beli kimchi and nak bawa balik Malaysia, but since makcik tu bungkus gitu² je dalam plastik, kitorang pon bungkus sendiri bila da sampai kat AirBnB. Da keluarkan semua possible udara yang ada, pastu balut ngan dua tiga kali lagi plastik kat luar. Tapi bila sampai kat Malaysia, time ambil beg tu, bau kimchi. Rupa²nya kimchi tu pecah. Cuba bayangkan, da balut 2, 3 kali pon still pecah. So, lesson learned, if korang ada beli kimchi or pape yang berair or senang pecah, minta sticker "fragile" daripada counter kat airport. InsyaAllah, dorang takdela campak² beg korang sebab da ada sticker tu. Another option is, korang pergi wrapkan je beg korang tu. Then, kita tawakkal. :)
- If korang tak pandai cakap korea, kalau makcik² or pakcik² tu cakap ngan korang, korang boleh reply cenggini "Naneun hangug-eul moleunda" or sebutan dia lebih camni "naneun haggul molla". Maksud dia, "saya tak tahu Korean". At least dorang tahu korang takleh cakap Korean.
Google Translate Apps |