Pulau Perhentian, Terengganu. Confirm semua orang tahu, or at least pernah dengar kan? Sebelum ni, selalu sangat dengar dorang cakap cantik, best, air jernih etc. Tapi saya tak pernah pergi, even dulu² study kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kalau ikutkan, agak dekat tapi yang dekat tu la yang tak pernah jejak. Haha! π Perangai sangat.
Macam yang korang tahu, Pulau Perhentian ada 2; besar and kecil. Kalau korang just nak chill² and travel ngan family yang ada budak kecil or orang tua, better pilih stay kat Pulau Perhentian Besar. Dorang provide better environment & accommodation untuk family. If korang jenis suka explore benda baru or prefer backpack travel (or travel on budget), Pulau Perhentian Kecil can offer so much more. *Jimat*
Since kitorang ni jenis yang suka try buat benda baru, kitorang stay kat Pulau Perhentian Kecil 2 hari 1 malam. Korang mesti macam, "Eh? Cukup ke nak buat aktiviti semua?" InsyaAllah cukup, kitorang tak berkejar pon. Chill² je gitu. Dah tu, nama pon pergi bercuti. Nak berkejar pergi mana je siss? π
Parking kereta kat Jeti Kuala Besut
- If korang bawa kereta, korang boleh park kat tempat parking berbayar.
- Staff parking tu akan bagi satu resit time parking. Bayar time pickup kereta.
- Average harga parking, RM10/day. Tak kira ikut jam ye. Contoh korang start park hari ni, esok korang pickup kereta, dia charge RM20. Gitu.
Naik speedboat daripada Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian Kecil
- Harga tiket untuk boat transfer (fixed price) = RM70/pax. Saya tak jumpa yang boleh bagi lagi murah daripada ni. Semua travel agency letak harga yang sama.
- Bot paling awal ke pulau, pukul 8AM. Make sure korang confirmkan masa ngan travel agent korang.
- Korang boleh beli tiket bot kat jeti tu sendiri. Ada few kedai/travel agency yang provide service ni. Untung² korang boleh dapat/beli pakej yang berbaloi²; boat transfer+snorkelling+accommodation.
- Before korang nak masuk kat tempat menunggu sementara naik bot tu, korang kena bayar RM5/pax untuk tiket taman laut.
- Masa perjalanan dalam 30-40 minit.
- Travel agency (Ala's Holiday): Ala - 013-924-5891 (Ala's Holiday - Facebook)
π‘ Tips: Kalau korang mabuk laut, ambil ubat pening/mabuk laut (Cinnarizine 25mg - 1 biji) dalam 30 minit before naik bot (sila dapatkan nasihat ahli farmasi). And duduk kat belakang, jangan cari pasal duduk kat depan.
Jeti Pulau Perhentian Kecil (Coral Bay/Teluk Aur)
- Ha, sampai sudah. Cantik kannn? Memang clear guyss. Dorang tak overclaim. π
π‘ Tips: Bawa beg yang boleh digalas, jangan gedik² bawa luggage yang ada roda² tu. Merana hidup korang nanti. Kot²la tempat korang stay tu hujung dunia pantai, tak kan nak seret ngan roda² tu sepanjang jalan ye tak? Berpasir. Lagi haru kalau korang book tempat yang kena mendaki bukit. Huhuhuhuhuhuhuhu.
Check-in kat Fatimah Chalet
- Chalet ni betul² kat tepi pantai and dekat sangat ngan jeti coral bay.
- Ha, nampak tak sign tu? "Best Roti Canai in the Island". Tapi, tak de rezeki kitorang nak merasa roti canai dorang. Time kitorang datang, dorang tutup walk-in customer sebab nak cater travel package punya (tak cukup staff). So sad.
- Kalau korang semua nak tahu, semua resort/chalet kat Pulau Perhentian Kecil ni still guna generator untuk generate elektrik (TNB tak supply). Sebab tu certain resort/chalet yang kecil² tak bagi pakai high voltage appliances; iron, water heater, etc. Tapi no worries, korang still boleh charge handphone korang. Just bawa USB cable phone je.
- If korang plan nak masak, pastikan korang bawa portable stove yang pakai gas tu. Ada juga nampak budak² tu buat unggun api sebab nak masak. π Sis tabikla dik, berjaya hidupkan api.
- Suasana and condition chalet ni macam ala² kampung style. Tinggal tak de kelambu nyamuk je. Kahkahkah.
- Chalet ni tak provide towel, shampoo and sabun. So, korang kena bawa daripada rumah.
- Harga chalet ni saya tak pasti sebab owner chalet ni sponsor (saudara). Woahh. Rezeki.
- Fatimah Chalet: Kak Tun - 011-4035-7431 (Fatimah Perhentian Trading - Facebook)
π‘ Tips: Time malam banyak nyamuk, so, better korang datang prepared. Maksudnya, bawa anti-mosquito punya spray ke ape semua. Syukur juga sebab time pagi/siang, nyamuk² ni tak mengganas.
Snorkelling (5+1 points)
- Kitorang ambil snorkelling ngan Ala's Holiday (travel agency yang sama ngan boat transfer).
- Dorang punya service semua okay, except bab tak punctual. Yela, nak kena pastikan semua orang ada bukan senang kan? π
Yang sejenis siput tu pon, sampai² je still tak de rasa bersalah ke apa. Halah halaahhh.
- First stop kat Perhentian Island Resort (1). Kat sini, dorang akan ajar macam mana nak pakai snorkel (benda yang ada cermin mata ngan paip tu), bernafas guna snorkel gear and pakai life jacket dengan betul untuk snorkelling nanti. Pastu dorang akan bagi korang try snorkelling sendiri daripada pantai ke tengah² laut.
- Dalam 15 minit gitu, dorang akan kumpul orang naik bot balik. Dorang akan bawa korang pergi ke Turtle Point (2). Dorang turun dulu and tengok ada penyu ke tak, pastu dorang akan bagitaw korang bila boleh terjun (daripada bot) untuk tengok penyu. First time nampak penyu depan². π’ Awesome gilaaa! Dia tengah chill² kat dasar laut, tapi since semua orang kejar² dia, terus penyu tu lari. Hahaha! Time ni, tak de coral ke ape. Just pasir and penyu je.
- Next stop, dorang akan bawa korang pergi Nemo Garden (3). π Kat sini korang boleh jumpa clown fish (Nemo) ngan coral². Ikan lain yang warna warni pon ada.
- And lepas korang da happy² kat situ, dorang bawa korang kat next point; Coral Garden (4). Kat sini, coral dia cantik gilaaaa! Serius. Rasa macam duduk dalam akuarium yang besar ngan cantik tu. Pastu nampak ikan berenang². Fuhhh, memang terbaik.
- Next dorang akan bawa korang pergi kat area tepi pantai, Teluk Keke (5). Ha, snorkelling point yang ni boleh berenang² daripada pantai (bukan daripada bot). Sebab spot tu dekat je ngan pantai. Sini pon cantikkk. Nampak tak warna biru yang gelap sikit tu? Kat situla ada coral ngan ikan² comel.
- Next dorang bawa pergi kat Shark Point (6). Scary juga bila dorang cakap ada ikan jerung. Kot²la kena gigit ke ape, nayaaa. Tapi dorang cakap, jerung sini tak makan orang. π Since saya ni jenis mabuk², better duduk dalam air daripada duduk dalam bot, bergoyang². Orang lain sibuk kejar jerung, saya sibuk berendam. Hahaha! Sempatla juga snorkelling, nampak gamat ke ape entah, melepet banyak² kat dasar laut tu.
- Lepas da habis snorkelling, dorang bawa pergi tangkap gambar kat Lata Air Berani. Pastu singgah kat Kampung Nelayan untuk makan tengah hari (bayar sendiri).
- Tandas kat Kampung Nelayan; RM1/pax. Kalau nak free, boleh menapak ke masjid; kat hujung sekali.
π‘ Tips: Kalau rasa coral tu terlampau dekat, jangan gedik² nak tegakkan badan kat area tu. Kalau terkena coral, korang akan luka/gatal². Try berenang ke belakang sikit, agak² tempat yang dalam sikit, baru korang nak tegakkan badan (ala² berdiri). Kalau korang ada ternampak coral yang warna putih, maksudnya coral tu da mati. Kesian kan? π’ Dan, pastikan korang sentiasa minum air untuk stay hydrated, tapi janganla sampai berbondong² minumnya. Tandas tak de, kena tunggu sampai kat Kampung Nelayan. π And if korang nak tangkap gambar kat dalam air, better cari waterproof case yang boleh gantung kat leher, lebih selamat.
Hiking ke Kincir Angin (Long Beach/Pasir Panjang)
- Daripada Coral Bay (Teluk Aur), ada laluan in between Ombak Dive Resort ngan Fatimah Chalet.
- Just keep on jalan terus, sampai korang jumpa another side of pulau. In between tu, korang akan jumpa chalet/resort/tempat camping. Korang akan keluar kat area camp site and boleh nampak pantai.
- Ni la pantai yang famous tu, Long Beach. Sampai sini, belok kiri (pantai kat depan) pastu jalan terus sampai korang nampak another camp site. Don't worry, korang akan nampak signboard kincir angin tu sepanjang jalan.
- Masuk kat camp site tu, and follow je arrow. And korang akan nampak jalan lebih kurang camni. Then, bermula la hiking kita. Korang follow je trail tu sampai nampak pagar TNB yang ada kincir angin. Then jalan keliling pagar tu and korang akan nampak jambatan yang ada tangga. Situ dorang ada letak tape kuning, cumanya da terkoyak sebab orang berpusu² nak masuk and ambil gambar. So, enter at your own risks.
- Tadaaa. Cantik kan view dia? π
π‘ Tips: Tempat ni memang cantik nak OOTD ke ape, tapi sila pakai kasut yang sesuai untuk panjat naik.Preferably, korang bawa kasut. Sini banyak pasir, licin. Takut hilang korang punya nak lawa², kang jatuh comot².
Selain buat aktiviti kat atas ni, kitorang just rilek² and jalan². Time malam, tak de buat ape pon. Actually kat area Long Beach ada fireshow time malam, tapi kitorang tak kuasa nak menapak pergi Long Beach. Hahaha! Kebetulan pula hujan malam tu, cuba bayangkan kalau kitorang da sampai sana. So, saya just tangkap gambar je before masuk bilik tidur. π
Pastu esok tu, kitorang da balik kat Besut. And sambung jalan² kat Kuala Besut pula. π Eh, if korang plan nak jalan² kat Pulau Perhentian, cepat² book/pergi sebab dorang tutup daripada November sampai Februari. π
Stay safe & keep 1 meter physical distance!
COVID-19 is still around.
Do your part.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang