Since beberapa hari lepas, viral pasal bekalan darah negara kurang sebab jumlah pendermaan berkurang sejak COVID-19 ni. Banyak media² besar and famous share pasal benda ni. And puffff! Tetiba ramai gila orang kat pusat darah negara. Viral punya pasal. Hebat rakyat Malaysia! 👏
Sekarang ni, mesti timbul persoalan macam, "Eh, tak sakit ke derma darah? Saya takutla jarum." 💉 Ha, dalam post ni, saya tolong jawab persoalan korang. So, kalau korang ada soalan² yang saya tak jawab tu, korang roger² je kat bahagian komen kat bawah tu. 😂 Kot² terlepas ke ape.
Soalan: Sakit ke derma darah?
Actually, derma darah ni tak sakit. Hahahaha! Eh, serius tak tipu. Sakit lagi kena BCG darjah 6 dulu. Huhuhuhuhu. 😢 Tipula kata tak rasa pape langsung. Dia rasa macam tercucuk duri kaktus yang halus tu. Rasa macam tercucuk kaktus tu lagi sakit. Hahahahaha. Percayala, dulu pon saya pon takut jarum. Fikir macam². Mungkin lebih penakut daripada korang.
Soalan: Seriusla? Jarum kott! Takkanla rasa macam tu je?
Sebenarnya, ada sebab kenapa dia tak sakit. Sebab sebelum dia cucuk korang ngan jarum nak derma darah tu, dia da buat bius setempat. So, memang korang xde rasa ape time dia cucuk jarum derma darah tu. Gituu.
Soalan: Oh, yeke? Lama ke nak habis derma darah?
Selalunya saya punya dorang set 350ml sekali ambil. Rasa kalau lelaki, dorang ambil lebih banyak. Untuk saya, lama juga la. Ada la dalam 20 minit gitu baru penuh. Kejung tangan nak pegang paip PVC tu, nak pam². Kadang² bila tangan da lenguh, saya chill² je sambil pam slow². Asal keluar. Kahkahkahkah. Tapi ada orang, cepat je terus siap. Laju darah dia, macam masuk lumba lari je. 😂
Soalan: Tapi kalau saya derma darah, lepas tu saya jadi gemuk macam mana?
Haip! 💢 Siapa cakap kalau derma darah jadi gemuk? Saya cepuk laju². Suka hati je. Kalau korang nak tahu, bila korang derma darah, boleh bakar kalori kot. Ha, tak tertarik ke? 😍 Boleh kurus sambil beramal. Banyak pahala.
Soalan: Camne proses derma darah?
- Pergi kat kaunter, minta borang derma darah. Since COVID-19, korang kena isi borang COVID sekali. Jangan risau, borang ni sehelai je.
- Isi borang. Dah siap isi, boleh bagi kat kaunter balik.
- Untuk orang yang first time derma, staff PDN akan buat test untuk cek korang kumpulan darah mana. Ada 4 kumpulan darah; A, B, AB ngan O.
- Pastu dorang akan test korang punya haemoglobin count. Kalau kurang daripada certain range, korang tak layan menderma.
- Pastu kalau range oke, dorang akan proceed cek blood pressure (BP).
- If 4 ngan 5 oke, dorang akan register korang untuk derma darah dalam sistem. And prepare semua alat² yang akan digunakan time nak derma darah tu. And korang akan dapat buku merah tu! 💓😍
- Dorang akan suruh korang duduk kat kerusi empuk tu, pastu selak korang punya lengan baju. Agak² atas sikit daripada bahagian siku (kan ada garis² tu kan? Ha, kat situ.)
- Pastu nanti dorang ambil pam yang macam time cek BP tu letak kat bahagian lengan korang. Pastu dorang pam sampai ketat sikit.
- Nanti dia bagi paip PVC/bola untuk korang genggam-lepas. Time ni akan ada nurse tolong carikan urat darah.
- Bila dorang da jumpa urat darah tu, dorang akan biuskan kat area situ and masukkan jarum derma darah. Time dia nak cucuk tu, korang bertenang je, scroll facebook ke, ape ke. Tahu² jarum da masuk. Kahkahkah.
- Lepas tu, dorang akan longgarkan sikit pam BP yang ketat tadi. And dorang akan suruh korang pam.
- Pam sampai cukup volume.
- Nanti dorang tolong cabut jarum tu and suruh korang rehat sambil baring dalam 10 minit gitu.
- Lepas dia cabut jarum tu, tekan kat tempat jarum tu. Ni untuk elakkan daripada lebam.
- And after 10 minit, tadaaa, siap.
- Dorang akan bekalkan korang makanan and minuman free. Macam air kotak, biskut and roti. And dapat folic acid ngan iron tablet sekali (ni untuk bina balik sel² darah korang tu).
Soalan: Kat mana eh nak derma darah?
Secara logiknya, korang mesti fikir, "Ala, pergi jela kat hospital. Hospital kan perlukan darah". Sebenarnya, tak semua hospital ada fasiliti ni. So, jalan paling selamat, korang boleh pergi kat Pusat Darah Negara; 3 tempat yang beroperasi setiap hari.
- Mid Valley. Kat area Daiso, tingkat atas sekali.
- Putrajaya. Kat Puspanita, Precinct 10.
- Jalan Tun Razak. Yang ni, korang boleh google, saya tak pernah pergi sini lagi.
Selain daripada tu, korang boleh follow FB Pusat Darah Negara untuk tahu kempen² derma darah. Maybe dorang buat dekat area rumah korang. So, tak perlu travel jauh². 😌