Hiking kat Gunung Datuk, Negeri Sembilan! [Time COVID-19]

Hari jumaat lepas, kitorang adik beradik decide nak pergi hiking kat Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Yela, dah lama mereput kat rumah tak pergi mana². Lemau je rasa. 😫 So, memang rindu sangat nak hiking. Last hike, kitorang pergi Bukit Keluang, Terengganu. Tu pon dua bulan lepas.


Bila korang masuk lorong kecil nak pergi ke Gunung Datuk tu, jangan bawa kereta laju² sebab jalan dia tak berapa elok, banyak lubang. Dekat area entrances tu memang ada tempat parking, tapi tak boleh muat banyak kereta. Since kitorang sampai lambat (dalam pukul 9 lebih camtu), ada rezeki kitorang sebab dah ramai orang balik. So, ada parking kereta.



Jangan lupa bawa mask ngan duit untuk bayar entrance fee; RM5/pax. Daripada main gate tu, kena jalan masuk sikit. Jumpa sungai kecil and jalan² sikit untuk sampai kat pak guard. Ha, nanti bayar kat sini. Jangan lupa scan MySejahtera. Lepas dah setel bayar tu, korang akan nampak view camni. Cantik kan? 😍


First phase untuk trail ni, memang tak sepenat or sesusah nak naik Bukit Keluang, Terengganu (starting), tapi cuba bayangkan korang kena mendaki trail macam ni berkali². Cuma kat Gunung Datuk ni, instead of jumpa akar² kayu, banyak batu². Hahahaha. Mencabar oke. Lagi pula da dua bulan tak buat aktiviti camni. Fuhh! Cuba tengok peta ni and gambar² kat bawah ni untuk imagine difficulties untuk setiap phase. Even though kitorang sampai lambat, tapi jangan risau. Tak kena cahaya matahari direct sebab ni hutan kanopi.








Before korang nak sampai puncak Gunung Datuk ni, dia ada kawasan lapang. Bolehlah chill² dulu before naik ke puncak; siap ada arah kiblat lagi. Puncak Gunung Datuk ni lain macam sikit sebab atas tu semuanya batu. Ada laluan rata, tapi sikit sangat. And untuk naik ke puncak ni, dia ada sediakan tangga (banyak tangga 😂).




Lepas 3-4 tangga (tak sempat nak snap gambar tangga² tu), barulah sampai kat puncak dia. Tadaaaa. Cantik kan? Korang jangan happy² sangat sampai lupa diri, sebab kawasan tu curam oke? Serius tengok adik² hyper sana sini. Gosh! 😖 Owh! Kalau korang perasan, awan² tu gelap sebab dah nak hujan. Tak lama lepas tu, time kitorang on the way turun, dah hujan. Struggle nak turun sebab banyak batu², so licin. Kahkahkah. Nasib baik pergi ngan adik². 👍 Alhamdulillah.




Hiking Details

  • Location: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
  • Trail Difficulties: Medium-High
  • Duration (return): 3-4 hours
  • Entrance fee: RM5/pax
  • Parking: Limited
  • Facilities: Toilet, Surau

Tips:

  • Before naik, better pergi tandas dulu. This is going to be long hike (return). Tandas dia free dan bersih.
  • Pakai kasut yang grip dia bagus. Kalau agak² da haus tu, memang tak berapa selamat nak naik sebab dia curam.
  • Pakai stokin sukan yang tebal tu supaya korang punya jari kaki tak tergeliat waktu turun gunung.
  • Bawa air minuman. Kena stay hydrated.
  • Time nak turun tu, better pegang tali sambil menghadap ke atas supaya kaki tak sakit. Ala² abseiling gitu.
  • Bawa ubat/spray muscle cramp, just in case korang cramp time naik/turun.