Hari tu saya share ngan korang view sawah padi daripada puncak Gunung Jerai kat Kedah. Cantikkan? Sekarang saya nak share ngan korang view sawah padi depan² pula. Actually tak payah nak pergi jauh sampai kat Kedah sana untuk dapat view sawah padi yang awesome, kat Selangor pon ada (Sekinchan). π
- Tempat ni sesuai untuk orang yang suka nature. Banyak flora π²π³π΄ (pokok²/tumbuh²an) and fauna πππ (binatang²).
Accommodation @AirBnB
- Actually host sewakan 2 unit ni dengan 1 harga (RM260). Walaupun rumah ni nampak macam rumah banglo, tapi dia sebenarnya rumah berkembar, setiap unit ada 2 bilik dengan 1 bilik air. Ada satu pintu yang sambungkan dua unit ni. Ala, lebih kurang macam family room kat hotel tu. Kalau korang nak travel ngan family besar pon takpe; dekat but at the same time, boleh ada privacy gitu. And semua bilik ada aircond, so tak payah nak berebut².
- Tapi rumah ni ada few benda yang tak best. Salah satunya, dapur ngan sinki kat luar. Contoh korang da sedap makan or snacking, pastu bila nak basuh tangan, korang kena buka pintu and basuh tangan kat luar. Pagi oke lagi, cuma time malam scary sikit. π
Water pressure shower slow sikit, so kitorang mandi pakai baldi. Kahkahkah. Fefeeling kampung² gitu.
- Untuk korang yang minat memancing tu, boleh bawa joran. Bolehlah lepas gian. Rasa dalam tu ada ikan sebab nampak budak² memancing kat tepi parit tu.
- Time kitorang datang, still ada padi yang hijau, ada yang ready nak tuai, ada yang petak kosong. Pendek kata, macam² warna ada.
- Kat sini kitorang tak buat apa pon, just rehat, jalan² and tangkap² gambar. Ambil feeling² duduk sawah gitu.
π‘ Tips: If korang tak pernah guna AirBnB sebelum ni, korang boleh guna referral code saya untuk dapat diskaun. Jimat sikit. π°
Pantai Redang
- Dah alang² sampai kat Sekinchan, kitorang pergi jalan² kat pantai.
- Time kitorang pergi, air nampak cam surut. So view dia biasa² je. Kalau setakat korang nak tangkap gambar ngan signboard, then oke.
- Tapi kalau korang nak pergi acah² nak jalan tepi pantai, good luck! Sebab at the end, kasut/selipar korang berselut nanti; kat sini pesisir pantai dia macam berlecak ngan tanah liat. π
Faridah Mentarang Bakar
- Sepanjang jalan kat Sekinchan ni, korang akan nampak banyak sangat kedai yang jual mentarang. Ha, mesti korang tertanya², mentarang tu apa? Hm, tak tahu nak explain camne. Dia macam sama jenis macam scallop/kepah/lala, cuma dia besar sikit. Tu ha mentarang, yang masak lemak tu; kuah kuning.
- Kitorang decide lunch kat sini sebab ada orang cakap sedap. Hahahaha. Tapi macam biasa, frust. Makanan dia bukanlah tak sedap sangat, cuma biasa je. Maybe sebab tak kena taste dan expectation kitorang tinggi sangat. Huhuhu!
- Harga dia quite oke untuk kuantiti yang kitorang order; makanan laut untuk 8 pax - RM192. Ada makanan lain juga tapi tak sempat nak tangkap gambar. Sis laparr, tak leh nak bawa bincang. π
Taman Alam Kuala Selangor
- Since tempat ni jauh sikit daripada AirBnB (lebih kurang dalam 20-30 minit perjalanan) and kebetulan pula tempat ni kat area Bukit Melawati (on the way balik), kitorang decide untuk singgah kat sini sebelum balik rumah.
- Harga tiket masuk untuk dewasa, RM4 sorang. Korang boleh refer harga tiket kat sini.
- Kat lumpur²/denai/anak sungai/tasik, korang akan nampak ikan belacak, ketam, etc. Untung² korang boleh nampak memerang juga.
- Sini ada satu spot yang cantik untuk korang bergambar. Tapi korang kena jalan sampai ke area kawasan pokok bakau. Kalau korang pandai ambil angle, fuhh, nampak macam jalan² kat Arashiyama Bamboo Grove, Jepun.
- Kitorang ambil masa dalam 1 jam lebih untuk pusing satu taman. Jangan risau, korang takkan rasa lama pon, lagi² kalau jalan² ngan family and kawan²; sambil borak², stop tangkap gambar jap etc. π·
π‘ Tips: Bawa botol air. Keep yourself hydrated.
Jangan lupa pakai mask dan
penjarakan fizikal 1 meter time jalan² oke?
#KitaMestiMenang #KitaJagaKita #PakaiMask